UCL: Singkir Napoli Dengan Bergaya, Barcelona Mara Ke Suku Akhir Pertama Kali Sejak 2020

Barcelona mara ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah setelah mengenepikan cabaran Napoli.

Barcelona dan Napoli sebelum ini terikat 1-1 dalam aksi pertama mereka.

NamunΒ  aksi di kandang sendiri, Barcelona benar benar memberikan mimpi ngeri buat Napoli. Fermin Lopez meletakkan Barcelona di hadapan seawal minit ke-15.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Napoli apabila Barcelona mencetak gol kedua perlawanan ini hanya 2 minit kemudian. Kali ini giliran Joao Cancelo pula yang turut cemerlang dalam pembinaan gol pertama.

Napoli yang cuba memberikan respon segera selepas ketinggalan ternyata dikejutkan oleh gol kedua tersebut.

Amir Rrahmani merapatkan jurang gol sebelum rehat untuk menjadikan kedudukan agregat 3-2 memihak Barcelona.

Aksi separuh masa kedua menjadi sangat rancak dan sengit. Namun Barcelona mengesahkan kemaraan mereka ke suku akhir menerusi gol minit ke-83 oleh penyerang veteran Robert Lewandowski.

Barcelona mara ke suku akhir dengan agregat 4-2. Dan mereka akan menunggu siapa lawan mereka menerusi undian pada Jumaat.

Barcelona menamatkan badi gagal mara ke suku akhir sejak 2020.

Ini merupakan musim terakhir Xavi bersama dengan Barcelona. Pasti ianya finale impian jika Barca berjaya menjulang UCL akhir musim ini.

Kempen UCL Napoli berakhir di Sepanyol. Dengan mereka akan menempuhi satu lagi perlawanan sukar di tempat lawan apabila berkunjung ke markas Inter MIlan pada aksi Serie A hujung minggu ini.

Inter merupakan pendahulu carta liga pada ketika ini.

Baca yang lain