UCL: Villlarreal Singkir Bayern Hanya Dengan 2 On Target Dalam 2 Perlawanan

Villarreal mencipta kejutan terbesar dalam aksi suku akhir UCL musim ini selepas menyingkirkan pasukan pilihan, Bayern Munich.

Bayern ternyata tergamam dengan keputusan tersebut. Mereka yang sebelum ini dianggap mendapat undian mudah, telah dikokak oleh Villarreal dalam dua perlawanan timbal balik.

Gergasi Jerman itu ketinggalan secara agregat 0-1 daripada perlawanan pertama.

Bertempat di Allianz Arena, Bayern mendominasi sebahagian besar perlawanan dengan melakukan 23 percubaan ke arah gol. Malangnya hanya 4 sahaja percubaan on target daripada percubaan sebanyak itu.

Bayern berjaya menyamakan agregat pada minit ke-52 menerusi – siapa lagi kalau bukan – Robert Lewandowski.

Pemain antarabangsa Poland itu mencetak gol ketiganya berdepan dengan lawan dari kelab Sepanyol pada edisi UCL kali ini selepas menjaringkan 2 gol berdepan Barcelona.

Hakikatnya pasukan bimbingan Unai Emery hanya melakukan 4 percubaan sahaja. Dengan 1 percubaan tepat yang terus menjadi gol.

Gol Samuel Chukwueze pada minit akhir perlawanan, pada minit ke-88 telah menyingkirkan juara bertahan Bundesliga itu.

Lebih gila, dalam dua perlawanan timbal balik, Villarreal melakukan hanya 2 percubaan tepat. Dan kedua duanya bertukar menjadi gol.

Itu adalah definisi sebenar tajam dan klinikal menyudahkan peluang yang terhad.

Villarreal mara ke separuh akhir dengan agregat 2-1. Bayern nampaknya terpaksa menerima kekalahan yang perit ini.

Unai Emery pastinya akan dikenang sebagai mastermind yang membantu Villarreal menumbangkan kelab gergasi seperti Bayern. Beliau sudah melakukan tugasannya dengan luar biasa pada musim ini.

Dalam sejarah Villarreal, mereka hanya pernah mara sebanyak 2 kali sahaja ke peringkat separuh akhir. Kali pertama adalah pada 2005/06. Dan yang kedua adalah yang baru mereka lakukan pada kali ini.

Villareal akan berdepan pemenang di antara Liverpool dan Benfica pada aksi separuh akhir.

Liverpool sebelum ini menang 3-1 di Estadio Da Luz.

Sebelum itu saksikan momen Villarreal meraikan kejayaan mereka di sini: