UEFA Buat U Turn Dan Kenakan Penggantungan Ke Atas Bellingham, Namun Peminat Turkiye Tetap Tak Puas Hati

Setelah dituduh double  standard dalam hukumannya, UEFA membuat u-turn dan akan mengenakan penggantungan ke atas Jude Bellingham. Hanya sehari selepas mereka mengumumkan hukuman denda ke atas pemain itu.

Jude Bellingham sebelum ini menunjukkan isyarat tidak senonoh ketika meraikan gol ke atas Slovakia pada minit akhir perlawanan untuk mengikat pasukan tersebut. Ianya telah menyelamatkan England daripada tersingkir pada masa itu.

England kemudian menang dalam aksi tersebut setelah Harry Kane menjaringkan gol kemenangan pada masa ekstra.

Ketika meraikan gol dramatik itu, Bellingham menunjukkan isyarat tidak senonoh di bahagian kemaluannya. UEFA sebelum ini mengumumkan bahawa pemain itu didenda €30,000. Dia dibenarkan untuk bermain menentang Switzerland pada aksi suku akhir Sabtu ini.

Kemudian seorang lagi pemain yang melakukan kesalahan gerak isyarat tangan, Merih Demiral dikenakan penggantungan 2 perlawanan oleh UEFA.

Ramai membidas UEFA sebagai pilih kasih dalam hukuman mereka. The Guardian kemudian melaporkan UEFA membuat u turn dan mengenakan penggantungan 1 perlawanan ke atas bintang Real Madrid itu.

Denda €30,000 masih dikekalkan oleh UEFA sebagai amaran bahawa pemain dilarang membuat sebarang kelakuan tidak senonoh di atas padang.

Bellingham sebelum ini menyatakan dia tidak menujukan isyarat itu kepada pemain dan pegawai Slovakia di seksyen bangku simpanan, sebaliknya cuma gurauan kepada kawan kawan.

UEFA menerusi jawatankuasa etika dan disiplin telah mendapati Jude Bellingham bersama melanggar peraturan asas berkelakuan baik di atas padang.

Tetapi UEFA menegaskan bahawa Jude Bellingham masih boleh bermain menentang Switzerland kerana penggantungan itu berkuatkuasa dalam masa setahun.

UEFA turut mendenda FA England €10,000 kerana kelakuan penyokong mereka yang membakar suar dan bunga api dalam perlawanan yang sama.

Peminat Turki sekali lagi merasakan hukuman ini tidak adil. Kerana pemain mereka Merih Demiral diminta untuk menjalani hukuman penggantungan 2 perlawanan secara serta merta.

Seorang lagi menyatakan: “Merih Demiral terus digantung serta merta sementara Bellingham boleh pilih pilih pula perlawanan mana dia mahu digantung?”

Peminat Turki menyatakan, Merih Demiral memberikan isyarat serigala bukan bermaksud dia mempromosi gerakan Grey Wolves, tetapi Serigala sudah menjadi simbol rakyat Turkiye sejak turun temurun.

Pemain itu sendiri menyatakan dia mahu membuat keraian yang dekat dengan rakyat Turki dan itulah sebabnya dia membuat isyarat serigala.

Seterusnya peminat England turut membantah hukuman ke atas Bellingham kerana pemain seperti Emi Martinez turut membuat keraian provokatif dan melucah sebelum ini namun tidak dikenakan hukuman.