Hasil siasatan UEFA mendapati bahawa tiada kes rasisme dalam insiden pegawai keempat dalam aksi PSG menentang Istanbul Basaksehir.
Wartawan Romania, Emanuel Rosu melaporkan: “Hasil siasatan UEFA berkaitan insiden berlaku ketika aksi PSG vs Basaksehir melibatkan pengadil dari Romania – tiada kes rasis di Paris.”
“Maka, tiada tindakan disiplin akan diambil ke atas Coltescu, Sovre dan juga Okan Buruk [pengurus Basaksehir], yang terlibat dalam perbalahan tersebut.”
There will be NO disciplinary action taken against Coltescu, Sovre or Okan buruk, who were all involved in the dispute.
— Emanuel Roşu (@Emishor) February 11, 2021
Okan Buruk melabel pengadil dengan perkataan Gipsi.
Okan berkata: “Di negara kami Romania adalah gypsy! Tapi aku tak boleh panggil kau gypsy”
Sebagai nota: Gypsy merujuk kepada orang Romania yang bertaburan secara berpindah-randah kebanyakannya di benua-benua Eropah dan Amerika; mereka didapati berasal dari utara subbenua India utara – merangkumi rantau Rajasthan, Haryana dan Punjab di India moden.
Kependudukan masyarakat ini paling tertumpu terutamanya di Eropah Tengah, Timur dan Selatan (termasuk Turki, Sepanyol dan Perancis Selatan).
Masyarakat ini sering dikenali umum sekurang-kurangnya ketika zaman dahulu dengan nama Gipsi (Gypsy); walhal sesetengah golongan yang disasarkan ini menganggap ia istilah yang kasar atau merendahkan kerana konotasi ia dengan perwatakan pendatang haram dan ketidakteraturan.
Sebastian Coltescu yang merupakan pegawai keempat perlawanan ketika itu merujuk pembantu pengurus Istanbul Basaksehir, Pierre Webo sebagai ‘the black one’ menggunakan ayat bahasa Romania ‘ala negru’.
Coltescu berkata begitu selepas pengadil utama bertanya tentang pegawai pasukan mana yang harus dibuang padang kerana mengganggu tugasan pengadil di luar padang.
Perlawanan dihentikan pada minit ke-23 kerana kenyataan rasis oleh pengadil keempat dari Romania, Sebastian Coltescu.
Kejadian bermula pada minit ke-14 ketika ada pertengkaran antara penolong jurulatih Basaksehir, Pierre Webo, dan Coltescu.
Pengadil utama pergi ke arah Coltescu, dan Coltescu menujukkan ke arah Webo dengan merujuk kepada: “Ini, the black guy.”
Kenyataan itu dianggap telah menghina Webo setelah menggunakan sebutan “lelaki yang hitam itu”.
Webo bertindak balas dengan agresif dan akhirnya mendapat kad merah oleh pengadil utama, Ovidiu Hategan.
Webo berkali kali bertanya kepada pegawai keempat tersebut: “Kenapa kamu kata negr*?”
Pemain dan staf Istanbul Basaksehir sangat marah dengan keadaan tersebut yang berlangsung di Parc des Princes.
Demba Ba antara pemain yang sangat marah di tepi padang. Dia dengan jelas menyatakan pegawai keempat merujuk pemain berkulit hitam sebagai: ‘This black guy’.
Ba dengan jelas berkata: “Kamu tak pernah cakap ‘this white guy’, kamu kata ‘this guy’., Tetapi apabila kamu berkata… dengar apa apa saya kata… jadi kenapa apabila menyebut orang kulit hitam kamu harus berkata ‘this black guy’?”
Selepas Istanbul Basaksehir memutuskan untuk keluar padang dan meninggalkan perlawanan, para pemain PSG dan pegawa mereka turut keluar sekali.
PSG vs. Istanbul Basaksehir has been suspended as both teams walked off the field to protest alleged racial abuse by the fourth official toward Istanbul assistant manager Pierre Webo.
(via @UCLonCBSSports) pic.twitter.com/tVd4lqGnMI
— Bleacher Report (@BleacherReport) December 8, 2020
Perlawanan dihentikan pada kedudukan 0-0. Dan ditunda ke hari berikutnya di mana PSG menang 5-1.
Pengadil Romania tersebut menjelaskan bahwa negru di dalam bahasa Romania merujuk kepada warna bukannya merujuk kepada rasis.
Jadi, dengan hasil laporan terbaru oleh UEFA ini, maka Coltescu dan rakan rakannya boleh kembali mengadili perlawanan. Namun buat masa ini, UEFA masih belum memberikan komen tentang perkara tersebut.
BACA JUGA: Skrip Penuh Insiden Rasis Pengadil Keempat PSG-Basakshehir Yang Dituduh Menyebut ‘Neg*o’