UEFA mendenda FA Kosovo kerana gagal mengawal kelakuan penyokong mereka ketika aksi menentang Israel.
Di mana ketika lagu kebangsaan Israel diputarkan penyokong penyokong Kosovo telah membuat bunyi ejekan dan boo.
Tindakan itu dianggap tidak ada semangat kesukanan dan tidak menghormati lagu kebangsaan negara lain. Insiden itu berlaku pada 12 November 2023 yang lalu.
Selain itu, ia juga kesalahan membawa isu politik ke dalam bola sepak.
FA Kosovo didenda €10,000 atau sekitar RM51k kerana tindakan penyokong mereka.
UEFA memberikan amaran bahawa dendan lebih berat dikenakan jika mengulangai kesalahan yang sama di masa akan datang.
Dalam aksi kelayakan Euro tersebut, Kosovo menang 1-0 ke atas Israel hasil jaringan Milot Rashica.
🇽🇰🇮🇱 UEFA has fined Kosovo 10,000 euros after fans booed and whistled during Israel's national anthem at the Nov. 12, 2023, match in Prishtina pic.twitter.com/M4OrBN1kH7
— kos_data (@kos_data) February 14, 2024
UEFA sudah memberikan amaran agar kesemua penyokong pasukan tidak mencampur adukkan sukan dengan politik. Terutama sekali ketika konflik Israel-Palestin ketika ini.
Baru baru ini, Puter Jordan dilaporkan mendesak FIFA dan UEFA menggantung Israel daripada bola sepak kerana serangan negara itu di Gaza.
Tindakan yang sama diambil oleh FIFA dan UEFA ke atas Rusia ketika negara itu menyerang Ukraine.
Namun FA Israel menyatakan bahawa kes mereka berbeza. Kerana Israel mempertahankan negara mereka daripada serangan Hamas. Dan yakin UEFA cukup bijak dalam menilai perkara itu, menurut jurucakap FA Israel.
Buat masa ini, FIFA dan UEFA tidak masuk campur dalam isu tersebut dan berpendirian berkecuali.