UEFA Gantung Coote Setelah Satu Lagi Video Tersebar

David Coote telah dilanda kontroversi. Sebelum ini dia telah viral di media sosial apabila satu rakaman video lamanya, menunjukkan pengadil itu terang terang menyatakan dia bencikan Liverpool.

Dia turut menggunakan kata kata kesat ke atas Jurgen Klopp dalam video tersebut. Sambil memberikan amaran kepada perakam video tersebut agar tidak sesekali menyebarkan video itu.

PGMOL kemudian bertindak menggantung sementara pengadil yang dianggap kelas A itu. Dia kini disiasat oleh PGMOL. Dengan Coote dikatakan tidak mahu untuk meneliti balik video tersebut. Bermakna dia mengakui keaslian video tersebut.

Sehari selepas viral tersebut, satu lagi video tersebar menunjukkan David Coote menyedut serbuk berwarna putih yang disyaki barang terlarang.

Dia menyedut serbuk itu ketika tugasan Euro 2024 yang lalu. Video tersebut benar  benar mengejutkan ramai. Dia dilihat menggulung wang kertas dan menyedut serbuk putih itu.

Beberapa tahun lalu, Coote dan beberapa rakan pengadilnya telah mengambil gambar dengan pelacur yang dipercayai di Indonesia. Walaupun Coote sudah ada isteri.

Jelas sekali Coote adalah pengadil yang kerap terlibat dalam insiden yang tidak bermoral.

UEFA bertindak menggantung pengadil itu daripada tugasan Liga Negara Negara Eropah kali ini. Ini selepas Coote berdepan dengan siasatan di atas beberapa insiden melibatkannya.

PGMOL sudah menyatakan bahawa mereka mengambil serius perkara itu. Dan akan meneliti tindakan paling setimpal jika Coote didapati bersalah.

Bekas ketua pengadil Keith Hackett percaya, video tersebar tersebut akan membuatkan David Coote dipecat daripada kedudukannya.

“Ianya tindakan bodoh daripada seorang pengadil. Siasatan akan menjadi panjang, dan saya rasa bukti dan kukuh. Satu satunya rumusan kepada kes ini adalah, pengadil itu dipecat,” kata Hackett.

Dia menambah: “Apa yang berlaku ini akan memberikan kesan kepada imej pengadil di negara ini di semua peringkat termasuk di akar umbi.

“Integriti adalah asas kepengadilan. Percaya kepada kebolehan kita sendiri, kerana kepercayaan oleh pemain di atas prestasi kita di atas padang. Kita semua membuat kesilapan kerana kita manusia biasa, namun dalam isu ini, integriti akan dipersoalkan.

“Episod ini akan menimbulkan keraguan berkaitan isu integriti,” tegas beliau lagi.