UEFA Larang Ancelotti Berada Di Tempat Teknikal Kerana Perlu Duduki Exam Lesen Pro UEFA

Pengurus Real Madrid iaitu, Carlo Ancelotti sudah menerima arahan untuk tidak berada di tepi padang di tempat teknikal pasukan selagi lagi dia tidak lulus perperiksaan kejurulatihan Eropah.

Carlo Ancelotti merupakan nama gah dalam dunia bola sepak. Sama ada sebagai pemain ataupun sebagai pengurus. Kredibiliti beliau sebagai pengurus membuatkan Ancelotti tak pernah lekang dengan tawaran daripada kelab kelab di Eropah.

Beliau juga merupakan pengurus yang bertanggungjawab mencipta salah satu skuad terkuat dalam sejarah AC Milan pada era Paolo Maldini dan Kaka.

Namun kini, Ancelotti sudah diminta untuk menghadirkan diri bagi menduduki peperiksaan lesen UEFA Pro.

Lesen perlu diperbaharui

Sebenarnya Ancelotti memang ada lesen UEFA Pro pun, cuma lesennya sudah mati pada 31 Disember 2021 yang lalu. Apa ingat road tax je boleh mati?

Menurut lapora Corriere dello Sport, UEFA sudah menulis surat khas kepada Ancelotti, mengingatkan pemegang lesen UEFA Pro itu agar dia memperbaharui lencana kejurulatihannya serta merta. Ini kerana UEFA melarang sama sekali pengurus atau jurualatih yang tidak bertauliah menguruskan atau melatih pasukan.

Ancelotti perlu melakukannya pada kadar yang segera. Jika tidak, Ancelotti akan dilarang sama sekali meneruskan tugasannya di Real Madrid. Perkara itu benar benar mengejutkan untuk seorang bernama Ancelotti.

Terutama sekali sekarang ini Real Madrid berada di landasan persaingan kejuaraan liga. Mereka pastinya tak mahu kehilangan khidmat Don Carlo untuk tempoh yang lebih lama.

Jadi, Ancelotti perlu menghadiri peperiksaan terlebih dahulu sebelum mendapatkan akses sebagai pengurus seperti biasa. Sepanjang tempoh dia exam, Carlo Ancelotti tidak boleh mengendalikan Real Madrid dalam perlawanan rasmi sehingga dia melepasi ujian tersebut dengan status lulus.

Walaubagaimanapun, FA Sepanyol merasakan bahawa UEFA seharusnya tidak terlalu tegas sampai begitu kepada Ancelotti. Memandangkan dia merupakan pengurus yang sangat berpengalaman dan antara yang paling berjaya di Eropah.

Jadi, FA Sepanyol menganggap UEFA seharusnya menggunakan sedikit budi bicara dan kelonggaran untuk Ancelotti.  Ancelotti sendiri malah seringkali dijemput dalam sesi taklimat UEFA berkenaan dengan kejurulatihan.

Namun UEFA bertegas bahawa peraturan adalah terpakai kepada semua orang – dengan peraturan yang sama.

Karier agung Carlo Ancelotti merentasi Eropah

Ancelotti memulakan karier pengurusannya bersaman Reggina pada 1995. Kini sudah mengendalikan lebih 1200 perlawanan di Itali, Perancis, England, Sepanyol, dan Jerman. Beliau pernah menguruskan pasukan besar seperti Juventus, AC Milan, Paris Saint-Germain, Chelsea dan Bayern Munich.

Pada usianya 62 tahun, Ancelotti sudah memenangi 21 trofi major termasuk 3 UCL, dan beberapa trofi domestik di Perancis, Itali, England, Sepanyol dan Jerman.

Kini beliau mengendalikan Real Madrid selepas memutuskan untuk meninggalkan Everton pada musim panas lalu. Dia mengambil tugas yang dokosongkan oleh Zinedine Zidane buat kali kedua.

Fokus rampas kejuaraan dari jiran sebelah

Real Madrid kini sekali lagi dalam landasan terbaik untuk menjuarai La Liga. Dan berjaya meneruskan kemaraan dalam Liga Juara Juara Eropah.

Prestasi Karim Benzema dan Vinicius Jr benar benar berada di tahap terbaik musim ini di bawah Ancelotti.

Musim lalu Real Madrid terlepas kejuaraan kepada Atletico Madrid selepas mereka menjuarainya pada musim 2019/20.

Jadi, mereka tidak mahu pisang berbuah dua kali pada musim ini. Kerana itu Real Madrid kekal fokus dan mahu mengelak daripada keciciran mata yang banyak.

Real Madrid musim ini berada dalam prestasi luar biasa. Mereka pasukan yang konsisten dan Ancelotti benar benar mengembalikan semula semangat dalam pasukannya.

Baca yang lain