UEFA: Liverpool Takkan Juara Kalau Liga Dibatalkan

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin mengesahkan bahawa Liverpool tak akan diberikan kejuraan liga jika EPL musim ini dibatalkan.

Sebelum ini, Naib Pengerusi West Ham United meminta Premier League membatalkan saingan musim ini ataupun null and void.

Komen Karren Brady itu mendapat banyak kritikan. Ramai yang menuduh beliau mengeluarkan kenyataan itu kerana pasukannya kini sedang bertarung dengan penyingkiran.

Ketika ini, West Ham terikat mata dengan Bournemouth yang berada di tempat ke-18 yang duduk di zon penyingkiran.

Malah ada yang menuduh Brady risau pasukannya akan tersingkir jika liga diteruskan lagi.

Ia  bukannya sesuatu yang mengejutkan setiap pihak akan mengundi untuk kepentingan mereka sendiri.

Sebelum ini Telegraph melaporkan bahawa EPL mungkin akan menamatkan liga lebih awal dengan tiada penyingkiran.

Manakala musim hadapan akan ditambah 2 pasukan lagi, menjadikannya sebanyak 22 pasukan bersaing pada musim akan datang.

Telegraph juga melaporkan, jika perkara ini berlaku, bermakna Liverpool akan disahkan sebagai juara.

Namun EPL masih pening untuk menentukan pasukan yang akan ke UCL dan UEL pada musim hadapan.

Hal ini kerana persaingan untuk ke tempat Eropah pada ketika liga digantung adalah sangat sengit.

Jawapan UEFA

Persoalan itu dilontarkan kepada UEFA. Apa akan jadi kepada kejuaraan liga, jika Liga Perdana Inggeris ditabatalkan.

Buat masa ini Liga Perdana Inggeris masih lagi digantung sementara kerana wabak koronavirus.

Dalam keadaan semasa, Liverpool dilihat sebagai juara menunggu. Di mana The Reds kini 25 mata di atas Man City, ketika Liga Perdana Inggeris ditangguhkan.

Aleksander Ceferin mengesahkan jika Liga Perdana Inggeris dibatalkan, maka Liverpool tidak akan diberikan trofi kejuaraan.

Beliau berkata begitu selepas persidangan tergempar UEFA berikutan pandemik COVID-19 pada Selasa.

Selain daripada itu Aleksander Ceferin juga mengesahkan bahawa kejohanan Eropah, EURO 2020 akan ditunda ke tahun 2021 akan datang.

UEFA juga menyatakan musim liga di Eropah harus ditamatkan pada 30 Jun. Ini akan membuatkan ada kemungkinan Liga di Eropah akan dibatalkan.

Namun begitu, Ceferin telah menegaskan bahawa, berita menyatakan pendahulu liga pada ketika ini akan diberikan kejuaraan secara automatik sebagai fake news.

“Saya ada membaca dan mendengar beberapa berita palsu menyatakan UEFA menasihatkan agar liga ditamatkan sekarang dan pendahulu liga akan diberikan kejuaraan.”

“Saya boleh sahkan, itu tak benar. Misi utama kita adalah untuk menamatkan liga. Kita tidak sesekali mencadangkan cadangan seperti itu kepada persatuan ataupun mana – mana liga.”

Misalnya di La Liga, pastinya kejam untuk memberikan kejuaraan terus kepada Barcelona yang hanya dua mata di atas Real Madrid.

Ceferin kemudian menegaskan, setiap liga harus ditamatkan dengan sebaiknya. Itu adalah misi utama UEFA pada ketika ini.

Beliau tidak rasa, idea membatalkan liga adalah idea yang baik.