UEFA Mahu Jemput Brazil Dan Argentina Beraksi Di UNL Akan Datang

Edisi kedua UEFA Nations League (UNL) baru sahaja berakhir pada minggu lalu. Di mana Perancis menjadi juara menewaskan Sepanyol dalam aksi final.

Oleh kerana sambutan yang hangat di kalangan peminat antarabangsa, UEFA kini sedia untuk menjemput Brazil dan Argentina bertanding dalam UNL pada edisi akan datang.

UEFA merupakan badan yang menyokong idea Piala Dunia 2 tahun sekali seperti yang dicadangkan FIFA. Dan kini mereka menunjukkan minat mereka untuk membawa dua gergasi Amerika Selatan itu bertanding atas tiket pasukan jemputan.

Ianya mirip kepada konsep Copa America yang seringkali menjemput pasukan dari luar Amerika Selatan untuk bertanding. Namun kebiasannya, pasukan jemputan bukanlah pasukan dari negara yang berada di ranking tinggi.

UEFA pula bercadang menjemput pasukan kuat seperti Argentina dan Brazil yang memiliki ramai pengikut di seluruh dunia.

Malah ada potensi untuk mewujudkan superclasico – merujuk kepada Brazil vs Argentina – di pentas UNL.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin memiliki hubungan yang sangat baik dengan presiden CONMEBOL, Alejandro Dominguez.

Dan kedua dua mereka sedang merintis kemungkinan akan terjadi kejutan dalam UNL akan datang.

Kedua dua pihak, sama ada menerusi mereka sendiri ataupun wakil daripada mereka, aktif berbincang tentang bola sepak sejak November tahun lalu.

Di mata peminat, ramai yang menuduh tindakan UEFA ini tak ubah seperti cakap tak serupa bikin.

UEFA hanya memikirkan soal publisiti dan wang daripada kehadiran dua pasukan seperti Brazil dan Argentina. Sedangkan Eropah masih ada banyak negara lagi yang boleh bertanding.

Mereka juga menyindir UEFA, apa bezanya UEFA menuduh pasukan yang mahu menubuhkan European Super League sebagai perosak piramid bola sepak Eropah dengan tindakan mereka ini?

UEFA turut menuduh ESL adalah semata mata kerana wang dan aspek bola sepak adalah yang kedua.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari