Presiden UEFA, Aleksander Ceferin menegaskan sekali lagi bahawa UEFA mahu semua liga dan pertandingan di Eropah di bawah seliaan mereka ditamatkan.
Terdapat laporan di Jerman menyatakan Ceferin meletakkan deadline 3 Ogos 2020 sebagai tarikh akhir kesemua pertandingan di Eropah ditamatkan.
Ini antara laporan yang berlegar legar di media sosial semalam.
🗓️ August the 3rd deadline for #ChampionsLeague. #UCL #beINUCL https://t.co/3BQSKTmkDN
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) April 5, 2020
Ceferin kononnya menyatakan, jika gagal ditamatkan pada tarikh itu, bermakna, UCL, UEL dan pertandingan domestik dikira null and void / batal secara penuh.
Batal sepenuhnya ini akan menyebabkan tiada pemenang. Ceferin sudah memberitahu sebelum ini bahawa, mana-mana pertandingan yang dibatalkan, maka ianya tidak akan ada pemenang.
Ceferin menerusi kenyataannya di UEFA menyatakan beliau kecewa dengan laporan tidak berasas itu. Dan beliau mahu kenyataan ini diperbetulkan semula.
UEFA masih komited untuk melihat semua pertandingan ditamatkan dengan sempurna bukannya dibatalkan.
UEFA menyatakan: “Terdapat laporan menyatakanbahawa presiden UEFA, Aleksander Ceferin, memberitahu ZDF di Jerman bahawa Liga Juara UEFA mesti ditamatkan pada 3 Ogos. Perkara itu adalah sama sekali tidak benar.”
“Presiden UEFA sudah menyatakan dengan jelas bahawa UEFA masih belum menetapkan tarikh untuk liga musim ini berakhir.”
“Di mana ketika ini, UEFA sedang meneliti semua pilihan yang ada untuk menamatkan musim domestik serta kejohanan di bawah UEFA iaitu Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa.”
“Satu kumpulan khas diwujudkan untuk gerak kerja ini, pada 17 Mac yang lalu.”
“Keutamaan kumpulan kerja ini adalah untuk mencari solusi bagi memastikan liga musim ini ditamatkan dengan lengkap. Tetapi ketika ini fokus utama adalah kesihatan orang ramai.”
Selain daripada itu UEFA turut tidak menolak kemungkinan liga dan pentas pertandingan UCL dan UEL akan diadakan pada kalendar musim baharu iaitu pada Julai dan Ogos iaitu tarikh sepatutnya musim baharu bermula.
đź“° [ABC] | UEFA denies the Champions League has to end before August 3rd
🔶 On Saturday, it was published that Aleksander Ceferin, in an interview with the German ZDF, confirmed that the Champions League should end before August 3; "This is not true," UEFA said in the statement. pic.twitter.com/Po1KPlie46
— BarçaTimes (@BarcaTimes) April 5, 2020
UEFA mungkin akan menganjakkan tarikh kejohanan anjurannya termasuk UCL, UEL dan Piala Super Eropah – merangkumi kesemua pusingan kelayakan UCL dan UEL.
Langkah UEFA ini adalah isyarat kepada liga di setiap negara Eropah tidak perlu panik untuk menamatkan liga awal seperti yang dilaporkan ZDF.
“UEFA juga turut mengkaji kemungkinan akan ada perlawanan pada bulan Julai dan Ogos sekiranya perlu. Ianya bergantung kepada beberapa keadaan dan izin oleh pihan berkuasa.”
UEFA sebelum ini sudah menunda kesemua pertandingan Eropah termasuk EURO, UCL dan UEL.
Bagi EURO dan perlawanan antarabangsa yang lain, kesemuanya ditunda untuk memberikan laluan kepada pertandingan domestik.
#UEFA denies comments from Aleksander Ceferin that the #UCL & #UEL had to finish by August 3. “The President was very clear not to set exact dates” https://t.co/zOSjh14FDa pic.twitter.com/7A440Ew6O0
— footballitalia (@footballitalia) April 5, 2020
UEFA tidak pasti bila UCL dan UEL akan bersambung lagi. Pada ketika ini kedua dua pertandingan memasuki pusingan kalah mati.
Untuk kejohanan domestik, negara seperti England dan Itali sudah memberitahu mereka masih belum ada tarikh baru untuk sambungan liga.
Buat masa ini fokus adalah kepada isu kesihatan global yang bergelut dengan pandemik Covid-19.