UEFA: Sambung Musim Adalah Realistik

UEFA menegaskan bahawa, menyambung liga musim ini adalah perkara yang sangat realisitik.

“Semua organisasi bola sepak yang merancang memulakan semula pertandingan mereka akan membuat protokol yang komprehensif.”

“Ini untuk memastikan kesihatan mereka yang terlibat dalam perlawanan dilindungi dan integriti dasar awam terpelihara,” kata ketua jawatankuasa perubatan UEFA, Tim Meyer, dalam satu kenyataan pada hari Rabu.

“Di bawah syarat-syarat ini dan dengan sepenuhnya menghormati undang-undang kerajaan tempatan, adalah sangat mungkin untuk merancang permulaan pertandingan yang ditangguhkan selama musim 2019/20.”

Komen itu dikeluarkan Meyer, sehari selepas ketua jawatankuasa perubatan FIFA, Michel D’Hooghe dari Belgium, mengatakan bahawa beliau “ragu-ragu” untuk memulakan semula bola sepak musim ini.

Musim liga Belanda telah dibatalkan, tanpa promosi atau penyokiran mahupun juara. Sementara Perdana Menteri Perancis pada hari Selasa menyatakan bahawa acara sukan terbesar di negara itu – bola sepak – tidak akan dapat dilangsungkan sehingga September.

Ligue 1 sudah memberikan kejuaraan kepada PSG. Dan sedang meminta pandangan UEFA berkaitan slot ke Eropah dan juga penyingkiran.

Belgium sebelum ini mengumumkan liga mereka sudah ditamatkan awal. Namun kemudian meminda semula keputusan itu.

Walaubagaimanapun, Belgium dijangka akan menamatkan musim mereka secara rasmi pada minggu hadapan. Ehh pening setan Belgium ni.

Bundesliga sudah memulakan usaha awal untuk kembali menyambung liga. Bayern Munich antara pasukan yang sudah melakukan saringan kesihatan ke atas para pemainnya.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan