UEFA Siasat Keraian Merih Demiral Tunjuk Simbol Tangan Serigala Kelabu Yang Dianggap Ideologi Pengganas

UEFA telah melancarkan siasatan ke atas “kelakuan tidak wajar” pemain bola sepak Turki, Merih Demiral selepas dia meraikan gol di Euro 2024 dengan mempamerkan simbol yang berbaur politik dan dilabel sebagai menyokong fahaman keganasan.

Ianya dikaitkan dengan kumpulan ultra nasionalis di Turki. UEFA melarang sebarang bentuk simbol berbaur politik seperti itu di dalam bola sepak.

Demiral menjaringkan kedua-dua gol hari Selasa dalam kemenangan 2-1 ke atas Austria untuk mendapatkan tempat ke suku akhir.

Selepas menjaringkan gol kedua dia kelihatan membuat isyarat tangan yang dikaitkan dengan pertubuhan ultra nasionalis Turki, Ulku Ocaklari, yang lebih dikenali sebagai Serigala Kelabu.

Merih Demiral menyatakan bahawa dia meraikan gol dengan cara itu kerana mahu menunjukkan rasa bangga dia menjadi rakyat Turkiye.

Dia berkata: “Saya ada keraian yang ada di dalam kepala saya yang berkaitan dengan semangat bangsa Turkiye. Jadi saya buat keraian itu. Saya bangga menjadi orang Turki, jadi selepas gol itu, saya merasakan jiwa Turki itu semakin memuncak meresap dalam diri saya pada gol kedua.

“Saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Saya berbesar hati menunjukkannya. Dan saya lihat penyokong Turkiye turut membuat simbol itu tanda mereka pun memikirkan perkara yang sama.”

Merih Demiral antara bakat yang hebat dalam pasukan Turki. Dan dia sebelum ini pernah diberikan amaran oleh UEFA kerana kes yang hampir sama di mana dia dikatakan mencampur adukkan politik dengan bola sepak.

UEFA mengesahkan hari ini bahawa ia telah melantik seorang pegawai khas untuk menyiasat Demiral. Ia tidak menggariskan bila kes itu mungkin berakhir. Perlawanan seterusnya Turki adalah menentang Belanda di Berlin pada hari Sabtu.

Serigala Kelabu diasaskan sebagai sayap pemuda Parti Gerakan Nasionalis sayap kanan, atau MHP, yang kini berada dalam pakatan dengan parti pemerintah Presiden Recep Tayyip Erdogan, Parti Keadilan dan Pembangunan.

Kumpulan Serigala Kelabu telah diharamkan di Perancis, manakala Austria telah mengharamkan penggunaan salut Serigala Kelabu, yang digunakan secara meluas oleh nasionalis di Turki.

Pihak berkuasa Jerman juga menganggap Serigala Kelabu sebagai ideologi  pengganas, nasionalis-ekstremis, anti semitik dan rasis.

UEFA akan membincangkan kes ini selepas segala bukti dikumpul dan siasatan dibuat. Tindakan Merih Demiral itu dipuji oleh rakyat Turki. Dan mereka meminta UEFA jangan hipokrit jika menghukum pemain itu kerana Simbol Serigala Kelabu. Kerana UEFA sendiri membenarkan simbol ideologi pelangi dibawa ke dalam bola sepak.

Seorang peminat Turki berkata: “Baguslah buat macam tu. Kamu telah membuat semua anjing kepanasan. Seekor serigala bukan serigala namanya jika anjing anjing tidak menyalak melihatnya.”

Ada juga yang menyatakan Merih Demiral memberikan respon kepada tindakan penyokong Austria yang menyindir imigran Turki yang bermastautin di Jerman untuk pulang ke negara mereka.

Sebelum sepak mula di Leipzig, sekumpulan penyokong Austria melaungkan chant: “Jerman adalah untuk rakyat Jerman, pendatang asing sila berambus.”

Chancellor Angela Merkel, mengutuk tindakan penyokong Austria itu sebagai boleh mencetuskan ancaman keselamatan.

Sementara itu Kamal Sido, wakil Association for Threatened Peoples (GfbV), mengecam simbol itu dengan menyatakan bahawa simbol itu tidak membawa kepada separah aspek keamanan. Melainkan keganasan, penindasan dan pengabaian kumpulan minoriti.