UEFA mengumumkan pada hari Isnin bahawa mereka akan menyiasat dakwaan Zlatan Ibrahimovic terlibat dalam syarikat pertaruhan.
Penyerang Sweden berusia 39 tahun, yang menandatangani perjanjian satu tahun baru dengan AC Milan minggu lalu, telah melabur di laman web yang berpangkalan di Malta, Bethard, menurut akhbar Aftonbladet.
UEFA dalam kenyataan rasminya berkata: “Sesuai dengan Artikel 31 (4) Peraturan Disiplin UEFA, seorang Pemeriksa Etika dan Disiplin UEFA hari ini telah dilantik untuk melakukan penyelidikan disiplin mengenai kemungkinan pelanggaran Peraturan Disiplin UEFA oleh Encik Zlatan Ibrahimovic karena memiliki kepentingan kewangan [pelaburan] yang diduga dalam syarikat pertaruhan.”
“Maklumat lebih lanjut mengenai perkara ini akan tersedia pada waktunya,” tambah kenyataan itu lagi.
April lalu, penerbitan Sweden mendakwa Ibrahimovic mempertaruhkan nasib kariernya dengan melabur serta memiliki kepentingan dalam syarikat judi yang melanggar peraturan UEFA dan FIFA.
Kesalahan melibatkan judi memang dipadang seriusi oleh UEFA.
Jika didapati bersalah Ibrahimovic berdepan dengan hukuman berat. Dan AC Milan pastinya sedar, sebarang penggantungan yang lama akan membuatkan mereka kerugian setelah melanjutkan kontrak pemain veteran itu yang sedang berada di fasas akhir kariernya.
Ibrahimovic telah menjadi nadi penting AC Milan sejak berhijrah ke kelab tersebut.
Kes Trippier
Sebelum ini Kieran Trippier dingantung 10 minggu gara gara memberitahu maklumat pertaruhan kepada rakannya tentang potensi perpindahan dia ke Atletico Madrid.
Trippier disabitkan kesalahan berkaitan dengan judi. Di mana bekas pemain Spurs itu telah menghantar mesej whatsapp kepada rakan rakannya untuk melabur kesemua wang mereka dalam pertaruhan berkaitan perpindahannya ke Atletico Madrid pada 2019.
Trippier telah memberikan tips perjudian kepada rakannya menerusi perbualan WhatsApp.
Media England mendedahhkan satu kenyataan yang mengejutkan ramai pihak tentang perbincangan Trippier dengan rakan rakannya.
Trippier meninggalkan Spurs pada 2019. Ketika itu beliau menarik perhatian Atletico, Juventus dan Napoli. Lalu Trippier meminta rakannya jangan berlengah untuk bertaruh bahawa dia akan ke Sepanyol menyertai Atletico.
“Lump on if you want.”
The WhatsApp messages that led to Kieran Trippier's 10-week ban from football, according to a report published by the FA. pic.twitter.com/3OGUibpdgU
— ESPN FC (@ESPNFC) January 5, 2021
Malah Trippier menghasut rakannya untuk bertaruh lansam / lump sump jumlah wang mereka.
Trippier kemudian mengemaskini perpindahan rasmi beliau ke Atletico dengan menulis done deal bersama dengan emoji angkat ibu jari tanda bagus.
Perjudian dalam bola sepak melibatkan pemain untuk pertaruhan yang melibatkan mereka di dalamnya adalah salah sama sekali dan tidak dibenarkan.
Beberapa pemain sebelum ini dikenakan tindakan atas kesalahan serupa. Ada antaranya bertaruh perlawanan pasukan mereka sendiri untuk pertaruhan menang kalah.
Apa yang cuba dielakkan FA England adalah, pemain boleh mempengaruhi perlawanan dengan tindakan mereka yang membolehkan mereka menang wang pertaruhan.
Namun ironinya apabila EPL membenarkan penaja judi sukan masuk menaja pasukan pasukan EPL. Dan selepas ini dilaporkan ianya tidak dibenarkan lagi.