UEFA U-turn Lagi Sebab Bellingham, Kini Kaji Balik Kedudukan Pengadil Aksi Semifinal England vs Belanda

UEFA kini sedia membuat satu lagi u-turn dengan kes yang turut melibatkan Jude Bellingham.

Sebelum ini UEFA u-turn selepas hanya mendenda Jude Bellingham untuk keraian tidak senonoh. Di mana selepas itu UEFA menghukum pemain itu dengan 1 penggantungan. Namun tempoh penggantungan itu secara probation dalam masa setahun. Bermakna Jude tidak perlu menjalani hukuman itu serta merta di dalam Euro 2024.

Denda ke atas pemain itu masih dikekalkan. U-turn itu berlaku selepas peminat Turki membantah tindakan UEFA dianggap pilih kasih kerana Jude Bellingham cuma didenda walaupun melakukan isyarat yang dianggap bertentangan dengan tatatusila ditetapkan UEFA. Sebaliknya Merih Demiral digantung dua perlawanan.

Ya, sudah tentu selepas itu UEFA dikecam juga sebab hukuman gantung Jude Bellingham tidak berkuatkuasa serta merta seperti mana Merih Demiral.

Kini UEFA sedia u turn sekali lagi. Agak ironi kerana ada nama Jude Bellingham sekali lagi terlibat. Kali ini melibatkan pemilihan pengadil asal Jerman, Felix Zwayer yang dipilih mengendalikan aksi England vs Belanda pada separuh akhir EURO 2024.

Pada 2021, Jude Bellingham pernah disiasat polis kerana kenyataan yang berbaur tuduhan jenayah ke atas Felix Zwayer. Selepas aksi antara Bayern dan Borussia Dortmund, Bellingham yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan Zwayer telah mengungkit rekod buruk pengadil itu.

“Bagi saya ia bukan [penalti] anda tahu,” kata Bellingham kepada Viaplay Football selepas perlawanan. “Dia [Hummels] langsung tidak melihat bola dan dia berjuang untuk mendapatkannya.

“Bola terkena padanya dan saya tidak fikir dia melihat bola tetapi anda tahu anda boleh melihat banyak keputusan meragukan daripada pengadil dalam permainan.

“Anda memberikan kami pengadil yang pernah terlibat dalam skandal mengatur perlawanan sebelum ini untuk perlawanan terbesar di Jerman — apa yang anda jangkakan?”

Zwayer berehat selama dua bulan daripada mengendalikan perlawanan selepas perlawanan itu selepas dia membuat keputusan pengadilan yang lemah dalam beberapa insiden. Namun  FA Jerman yakin bahawa Zwayer pada masa itu tidak mengambil rasuah.

Jude Bellingham pula dikenakan denda €40k kerana kenyataan yang dianggap fitnah tidak berasas ke atas Zwayer.

Pada 2005, pengadil berusia 43 tahun itu digantung enam bulan kerana menerima rasuah €300 daripada pengadil Robert Hoyzer.

Penglibatannya hanya didedahkan 11 tahun kemudian pada 2014 kerana siasatan oleh akhbar Jerman Die Zeit.

Penggantungan Zwyer dikurangkan kepada enam bulan kerana kerjasamanya dalam membantu siasatan dan pendakwaan terhadap Hyzer, yang dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun.

Pengadil kontroversi kembali menjadi pengadil bola sepak dan mengelak daripada didakwa di mahkamah sukan kerana dia sudah menerima pengadilan oleh FA Jerman pada masa itu.

Dan kini Jude Bellingham akan bertemu semula dengan pengadil yang dia pernah ejek sebagai makan suap beberapa tahun yang lalu.

Peminat England di media sosial tidak selesa dengan pemilihan pengadil ini terutama sekali selepas komen yang dibuat Bellingham ke atasnya beberapa tahun lalu.

Selepas menerima banyak kritikan, kini UEFA sedang mengkaji semula kedudukan Zwayer dalam aksi England vs Belanda. Atas alasan integriti pengadil tersebut pernah dipersoalkan oleh Jude Bellingham.

Sehingga kes itu menjadi kes polis. UEFA khuatir jika konflik tersebut boleh mempengaruhi integriti Zwayer dalam perlawanan ini nanti.