Arsenal gagal sekali lagi dalam pemburuan trofi eropah mereka. Kali ini, pasukan yang berada dalam prestasi terbaik di peringkat domestik itu disingkirkan oleh Sporting CP di tempat sendiri.
Arsenal dan Sporting sebelum ini mencatatkan keputusan seri 2-2.
Jadi aksi di Emirates akan menentukan siapakah yang akan mara ke suku akhir.
Arsenal di hadapan menerusi Granit Xhaka pada minit ke-19. Keupayaan Xhaka untuk meramal peluang membolehkan dia memenangi bola kedua. Di mana bola itu ditepis penjaga gol yang menghalang sepakan deras Martinelli.
Xhaka meluru untuk menjadikan kedudukan 1-0.
Selepas gol itu, Arsenal tidak banyak mencipta peluang. Terutama sekali pada separuh masa kedua.
Di mana pasukan pelawat sangat dominan. Sporting beraksi dengan sangat baik. Arsenal pula banyak bertahan dan hilang bola mudah.
Pada minit ke-62, Sporting mendapat gol yang selayaknya untuk mereka.
Pedro Goncalves melakukan percubaan jarak jauh yang terus menewaskan Aaron Ramsdale yang kelemasan.
Saksikan gol cantik itu di sini:
Separuh masa kedua berakhir dengan 1-1. Dan perlawanan diheret ke masa ekstra.
Pada masa ekstra, tiada tambahan gol terhasil. Jadi penentuan penalti diperlukan untuk mencari pemenang.
Ramsdale sebenarnya berjaya membaca beberapa percubaan lawannya dengan tepat namun gagal menyelamatkannya. Ramsdale malah sempat menepis satu percubaan tetapi bola tetap masuk.
Pada kedudukan 4-3, Martinelli perlu menjaringkan gol untuk memastikan kedudukan menjadi 4-4.
Namun pemain sensasi Arsenal itu gagal dalam tugasannya.
Bermakna, Sporting kini memerlukan Nuno Santos menjaringkan penaltinya untuk menamatkan pertandingan antara kedua dua pasukan. Dan dia berjaya melakukannya.
Sporting mara ke suku akhir setelah aksi yang penuh mendebarkan di Emirates.