UEL: Liverpool Dimalukan Atalanta, Scamacca Bertukar Menjadi Ronaldo Pekan

Liverpool melayan kunjungan Atalanta dalam aksi suku akhir Europa League. Skuad Jurgen Klopp baru terlepas kedudukan tangga teratas liga pada hujung minggu lalu berharap akan dapat memperbaiki keputusan di Anfield.

Namun ianya tidak berlaku. Kerana malam ini adalah malam Scamacca bertukar menjadi R9.

Pada separuh masa pertama, Liverpool beraksi dengan agak terumbang ambing. Walaupun dominan namun Atalanta yang lebih tajam di hadapan gol.

Darwin Nunez mempersiakan peluang 1 lawan 1 dengan penjaga gol. Harvey Elliot turut melakukan percubaan yang terkena palang dan melantun pada tiang.

Kemudian Kelleher melakukan tampanan lemah yang membolehkan Scamacca menjaringkan gol pendahuluan minit ke-36.

Liverpool sebelum itu mencipta beberapa momen yang bahaya namun tidak ada penyudah.

Selepas gol itu Liverpool masih tercari cari rentak untuk membalasnya. Dengan Atalanta berjaya melakukan beberapa serangan balas hasil daripada kesilapan The Reds yang kehilangan bola dengan mudah ketika serangan.

Atalanta memiliki peluang keemasan pada masa kecederaan separuh masa pertama. Namun Kelleher kali ini menebus kesilapannya untuk mendepakan badannya menghalang percubaan lawan.

Separuh masa pertama Liverpool ketinggalan 0-1 di belakang Atalanta.

Separuh masa kedua Klopp memasukkan Mohamed Salah dan Andy Robertson. Salah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-55, namun rembatan derasnya diselamatkan oleh Juan Musso.

Seminit kemudian Darwin Nunez memiliki satu lagi peluang keemasan apabila menerima hantara Gakpo. Namun rembatannya tinggi. Klopp menghargai usaha itu kerana jelas Liverpool lebih baik daripada aksi hambar separuh masa pertama.

Ketika Klopp sedang memperkuatkan lagi serangannya, Atalanta sekali lagi menambah gol menerusi Scamacca. Kali ini gol mudah diperoleh pemain yang tidak dikawal di dalam kotak penalti pada minit ke-60.

Diogo Jota kemudian masuk, setelah dia baru pulih daripada kecederaan.

Mohamed Salah hampir merapatkan jurang gol namun gol beliau dibatalkan kerana ofsaid.

Scamacca turut berpeluang mencetak hatrik. Malangnya tandukannya sedikit sahaja tersasar.

Namun Scamacca sekali lagi menjadi arkitek kehancuran Liverpool di mana dia mencetuskan gol ketiga Pasalic.

Pertahanan Liverpool sekali lagi tak terurus terutama sekali ketika cuba membuat perangkap ofsaid.

Tamat perlawanan, Liverpool 0 Atalanta 3. The Reds pastinya sedar bahawa peluang untuk mara ke separuh akhir sangat sukar. Kerana selepas ini mereka akan berkunjung ke Itali.

Liverpool kalah buat kali pertama di Anfield sejak Februari.

Baca yang lain