UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.

Kehadiran Trent Alexander Arnold memberikan dimensi yang berbeza buat Liverpool.

Di mana dia menjadi mastermind kepada beberapa siri gerakan bahaya Liverpool. Atalanta lebih defensif dalam perlawanan ini kerana ada 3 gol untuk dipertahankan.

Arnold menjadi pencetus kepada penalti untuk Liverpool. Apabila hantaran silangnya terkena tangan pertahanan lawan iaitu Ruggeri. Pengadil tidak berfikir panjang untuk memberikan penalti.

Mo Salah menjaringkan gol pembukaan minit ke-7 dengan penalti yang tajam menewaskan Musso.

Namun pemain Mesir itu mempersiakan peluang 2 lawan 1 dengan penjaga gol apabila lob beliau tidak tepat. Salah kelihatan agak kecewa dengan keputusan yang dia lakukan. Namun kebiasaannya dia sangat bagus dalam situasi seperti itu.

Atalanta turut menyaksikan 1 gol mereka dibatalkan kerana ofsaid pada minit ke-41.

Separuh masa pertama berakhir dengan 0-1 memihak pasukan pelawat.

Pada separuh masa kedua Liverpool mengekalkan tempo menyerang. Atalanta bertahan lebih ke bawah. Liverpool bagaimanapun tidak dapat melakukan percubaan yang benar benar bahaya.

Liverpool memiliki beberapa siri peluang pada awal 10 minit pertama permainan. Atalanta cuba menyakiti Liverpool dengan serangan balas.

Minit ke-60, Koopmeiners diberikan peluang dan ruang untuk melakukan turn. Namun Alisson mendakap dengan kemas percubaan deras rendah pemain itu.

Atalanta kemudian beraksi dengan gaya lebih agresif dan lebih teratur dalam hantaran mereka. Liverpool mulai diancam.

Minit ke-67, Klopp melakukan pertukaran yang ofensif. Memasukkan Diogo Jota, Nunez dan Harvey Elliot.

Namun baki permainan kedua dua pasukan berlangsung dengan agak hambar. Atalanta memastikan mereka mara ke separuh akhir UEL selepas Liverpool tidak mampu mencetak gol tambahan.

Jurgen Klopp juga rasminya menamatkan tugasannya di Eropah bersama Liverpool. Dia sebelum ini membantu Liverpool menjuarai UCL pada 2019.