UFC 249 Dibatalkan! Team Khabib Tembak Balik Haters

Pertarungan antara Tony Ferguson vs Justin Gaethje di UFC 249 sah akan ditunda. Sebelum ini Dana White menyatakan keyakinannya bahawa acara itu akan tetap diadakan pada 18 April 2020.

Malah Dana White mendedahkan sebelum ini, bahawa beliau sedang berbincang pada fasa akhir untuk mendapatkan venue di pulau persendirian.

Dipetik dari sumber Daily Mail, melaporkan baawa UFC 249 batal kerana pihak Disney dan ESPN tidak mahu menyokong usaha oleh Presiden UFC, Dana White.

White mengumumkan pembatalan itu pada Khamis dan beliau terpaksa menerima hakikat bahawa usahanya untuk memastikan pertarungan ini berjalan di tengah pandemik koronavirus – kini sia-sia.

White berkata: “Kami sudah beusaha keras setiap hari dan setiap malam sejak munculnya pandemik, demi untuk memastikan pertarungan pada 18 April tetap berlangsung.”

“Hari ini kami mendapat panggilan telefon daripada pengurusan tertinggi Disney dan juga ESPN dan mereka meminta agar pertarungan antara Tony Ferguson vs Justin Gaethje di UFC 249 harus ditunda.”

“Hal ini membuatkan UFC 249 yang sepatutnya berlangsung pada 18 April 2020 dibatalkan akibat pademik koronavirus.”

“Mereka mencadangkan agar acara ini diadakan pada hari lain, pada Sabtu – minggu yang lain selepas ini.”

Sebelum ini Khabib Nurgamomedov menarik diri daripada UFC249. Ini kerana Khabib Nurmagomedov terpaksa menjalani kuarantin di Rusia.

Namun Dana White adn Tony Ferguson berkeras bahawa acara itu harus diteruskan walaupun sesiapa sahaja pengganti Khabib Nurmagomedov.

Lalu, Dana White mengumumkan Justin Gaetjhe menggantikan Khabib Nurmagomedov untuk pertarungan tersebut.

Tony Ferguson diberikan hak untuk menjadi juara interim selepas Khabib menarik diri.

Plan B pun tak jalan

Dana White juga menegaskan beliau sudah ada plan B untuk pertarungan itu iaitu dengan menerbangkan kesemua peserta ke sebuah pulau persendirian.

Ini kerana, mustahil untuk mereka mengadakan acara itu di AS memandangkan ada beberapa petarung adalah dari luar AS dan perlu dikuarantin dahulu sekiranya memasuki negara AS.

Dana White menyembunyikan di mana lokasi pertarungan itu untuk mengelak ia daripada diserbu peminat dan media.

Dana White sudah merancang agar pertarungan itu diadakan dalam arena kosong.

White ketika itu berkata: “Tidak masalah di mana lokasinya. Pertama, tidak ada fan yang boleh datang. Anda tidak boleh menonton di arena pertarungan, Anda tidak boleh beli tiket.”

“Satu-satunya tempat untuk menonton pertarungan itu di Amerika Syarikat adalah menerusi ESPN dan itu satu-satunya hal yang penting,” kata White.

Selepas mendapat kecaman teruk dari pelbagai pihak minggu lalu – hanya kerana Khabib Nurmagomedov menghormati perintah kuarantin, team Khabib memberikan respon di kecaman ke atas mereka.

Khabib dituduh pengecut dan sengaja melarikan diri daripada pertarungan dengan lawan yang kuat.

Rizvan Magomedov meminta para haters Khabib untuk menunjukkan di mana pesawat mereka?

Rizvan berkata: “Ke mana kau nak terbang sekarang? Bila nak cari flight? Dan jangan lupa call Putin.”

Kalau macam ni nampak macam lebih baik kembali kepada plan asal, Khabib vs Tony Ferguson, selepas keadaan mengizinkan kelak.

Tak begitu?