UFC: Adesanya Telan Kekalahan Sulung Dalam Kelas Lightweight

Juara kelas menengah, Israel Adesanya, akhirnya merasai kekalahan pertama beliau di UFC. Adesanya sebelum ini memutuskan untuk besaing di kelas berat ringan dan mencabar Jan Blachowicz.

Ternyata Jan Blachowicz memberikan Adesanya realiti sebenar kelas tersebut dalam pertarungan perebutan kejauraan di UFC 259 yang berlangsung di UFC Apex, Las Vegas.

Kedua dua petarung memulakan pertarungan dengan gaya terbuka untuk menguji pergerakan masing masing. Malah pusingan pertama kedua duanya masing masing berdarah.

Adesanya kemudian beraksi lebih agresif pada pusingan kedua dan cuba menendang kepala Blachowicz. Namun, Blachowicz membalas dengan kombinasi tumbukan dan sepakan ke badan Adesanya.

Adesanya kehilangan keseimbangan dan jatuh, tetapi Blachowicz tidak memanfaatkan saat itu sebaik baiknya. Dan Izzy bernasib baik kerana tidak dibelasah sampai KO ketika dia terhuyung hayang.

Blachowicz memulakan pusingan ketiga dengan agresif. Gabungan pukulan dan tendangan Blachowicz mendorong Adesanya ke sudut oktagon. Blachowicz cuba mengunci leher Adesanya, tetapi The Last Stylebender berjaya melepaskan dirinya.

Adesanya membalas Blachowicz dengan beberapa pukulan ke muka. Pertempuran menjadi lebih sengit menjelang akhir pusingan ketiga. Adesanya dan Blachowicz bertukar tumbukan dalam usaha mereka mahu memenangi pertarungan.

Pertarungan masuk ke pusingan keempat dan sekali lagi pertarungan terbuka berlangsung. Blachowicz menggunakan badannya untuk menjatuhkan Adesanya. Namun gagal melakukan submission. Lalu pusingan keempat sekali lagi Adesanya terselamat daripada mimpi ngeri.

Pertarungan memasuki pusingan kelima ataupun pusingan penengtuan. Adesanya tiada pilihan lain selain daripada menyerang dan cuba mencari KO. Kerana Blachowicz dilihat berkelebihan dari segi mata.

Adesanya jelas berada dalam keadaan keletihan. Jarang sekali dia nampak tak cergas. Dia beberapa kali cuba mengelak pukulan Blachowicz. Dan akhirnya petarung Poland itu berjaya menumbuk muka Adesanya.

Kedua dua petarung menamatkan saingan dengan semangat kesukanan tinggi.

Setelah melalui lima pusingan yang sangat mencabar dan meletihkan, Blachowicz menang dalam pertarungan berdasarkan keputusan juri.

Ini antara aksi terbaik Blachowicz di dalam kariernya.

Namun usaha Adesanya untuk mencuba kelas berat ringat boleh dipuji. Beliau mahu keluar daripada comfort zone.

 

Adesanya menyatakan langkah dia mencabar kelas berat adalah kerana dia berani untuk menjadi yang terhebat. Adesanya sedar risiko yang dia ambil pada pertarungan pertama seperti ini berdepan dengan jaguh kelas lighh weight.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai