UFC Dedahkan Pendapatan Conor McGregor dan Khabib Nurmagomedov

Sejak sepuluh tahun yang lalu, gaji dan pedapatan petarung dalam “Ultimate Fighting Championship” telah meningkat secara drastik daripada 6 angka kini mencecah 7 angka.

Walau ada fighter yang mendapat kenaikkan secara perlahan-lahan, tetapi tentunya juga akan ada peningkatan.

Individu yang menguasai skala pembayaran tertinggi, tidak lain hanyalah bekas penyandang Two Division Champion Conor McGregor, bintang terbesar yang pernah dilihat dalam kancah kejuaraan UFC.

The Dubliner menjadi bintang global bukan hanya kerana aksi beliau ketika bertarung. Nilai komersial yang ada pada McGregor telah membantu petarung lain menikmati pendapatan yang tinggi.

Beliau diangkat menjadi bintang global kerana kepetahan beliau bercakap dan beliau sangat terkenal dengan kata-kata cacian dan kotor di luar Octagon.

Populariti dalam media arus perdana fighter berusia 31 tahun itu. Menjadikannya Fighter terkaya dalam sejarah UFC dan yang pertama bayaran tujuh angka sehari.

Walaupun masih terdapat perbezaan besar antara jumlah wang yang diperolehi oleh nama-nama besar dalam UFC dengan Fighter peringkat rendah.

Namun terdapat peningkatan yang signifikan dari segi wang yang dihasilkan dalam seni mempertahankan diri campuran ini secara keseluruhannya.

Bayaran yang di terima oleh seseorang Fighter, tentu saja bervariasi bergantung pada kedudukan mereka di kategori masing-masing, masa yang mereka habiskan untuk promosi dan jika mereka memiliki Sabuk Kejuaraan.

Perlawanan McGregor menentang Khabib Nurmagomedov adalah perlawanan yang mendapat bayaran tertinggi di UFC dan itu adalah antara perlawanan kemuncak terbaik dalam kategori Lightweight.

Bakal Hall of Famer Jon Jones juga merupakan salah satu fighter yang memperoleh pendapatan Terbesar dalam UFC.

Secara rutinnya beliau membawa pulang enam angka sehari untuk gajinya beraksi di dalam sangkar.

Nate Diaz fighter kegemaran peminat juga merupakan antara fighter mendapat bayaran tertinggi dalam organisasi itu, walaupun mengambil masa tiga tahun sebelum kemenangan UFC 241 ke atas Anthony Pettis pada bulan Julai.

Inilah pecahan pendapatan yang mereka terima untuk tiga perlawanan yang dipaparkan.

Kesemuanya akan di tambah dengan bayaran mengikut point pay per view, senarai ini untuk menunjukkan kepada anda gambaran berapa pendapatan yang di terima oleh bintang besar dalam UFC ini terima:

Conor McGregor

UFC 229: Khabib vs McGregor

Nurmagomedov menewaskan McGregor melalui submission (Pusingan 4) – £ 2,432,000

UFC 205: Alvarez vs McGregor

Beliau menewaskan  Eddie Alvarez melalui TKO (Pusingan 2) – £ 2,391,000

UFC 202: Diaz vs McGregor

Beliau menewaskan Diaz melalui keputusan majoriti – £ 2,391,000

Khabib Nurmagomedov

UFC 242: Khabib vs Poirier

Khabib menewaskan  Dustin Poirier melalui Submission (Pusingan 3) – £ 5,000,000 (dilaporkan)

UFC 229: Khabib vs McGregor

Nurmagomedov menumpaskan McGregor melalui Submission (Pusingan 4) – £ 1,621,600

UFC 223: Khabib vs Iaquinta

Nurmagomedov menewaskan Al Iaquinta melalui keputusan sebulat suara pengadil – £ 405,405

Jon Jones

UFC 239: Jones vs Santos

Menewaskan  Thiago Santos melalui keputusan sebulat suara pengadil – £ 405,405

UFC 235: Jones vs Smith

Menewaskan Anthony Smith melalui keputusan sebulat suara – £ 405,405

UFC 232: Jones vs Gustafsson II

Beliau Menewaskan Alexander Gustafsson melalui Submission – (Pusingan 3) – £ 405,405

https://twitter.com/McgregoRousey2/status/1229635981797740544?s=19

Nate Diaz

UFC 241: Pettis vs Diaz

Diaz menewaskan Pettis melalui keputusan sebulat suara pengadil – £ 202,720

UFC 202: Diaz vs McGregor II

McGregor menewaskan  Diaz melalui keputusan majoriti – £ 1,621,600

UFC 196: McGregor vs Diaz

Diaz menewaskan McGregor melalui Submission (Pusingan 2) – £ 405,405

https://twitter.com/McGregorRousey2/status/1219761775228354560?s=19

Pendapatan UFC 246

Conor McGregor:

£ 2.3 juta (tiada bonus menang)

Donald Cerrone:

£ 154,000 untuk perlawanan
£ 154,000 untuk menang

Holly Holm:

£ 115,000 untuk perlawanan
£ 38,000 untuk menang

Raquel Pennington:

£ 48,000 untuk perlawanan
£ 48,000 untuk menang

Alexey Oleynik:

£ 57,000 untuk perlawanan
£ 57,000 untuk menang

Maurice Greene:

£ 23,000 untuk perlawanan
£ 23,000 untuk menang

Anthony Pettis:

£ 119,00 untuk perlawanan
£ 119,000 untuk menang

Diego Ferreira:

£ 38,000 untuk perlawanan
£ 38,000 untuk menang

Begitulah pendapatan yang diperoleh untuk fighter yang ada di dalam Organisasi UFC.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan