UFC Iktiraf Ini Antara KO Sepanjang Zaman – Spinning Back Kick Dalam Keadaan Kaki Sebelah Dikunci Lawan

Impa Kasanganay hari ini baru menjadi mangsa kepada serangan ikonik oleh Joaquin Buckley.

Ianya dilakukan dalam keadaan Buckley pada awalnya gagal melancarkan serangan awal dengan kaki sebelahnya dikunci.

Namun dia membuat keputusan untuk memanipulasi keadaan itu dengan memutarkan badannya untuk melakukan aksi spinning back kick yang luar biasa.

UFC terus memuat naik video dengan menganggap ia sebagai salah satu KO paling spektakular dalam sejarahj UFC.

Bos UFC, Dana White bertanya: “Adakah ini KO teragung dalam sejarah UFC?”

Buckley dilihat sangat cergas dan lebih bagus dalam pertarungan ini.

Pada pusingan kedua,  Kasanganay menangkap kaki Buckley. Buckley tidak menarik kakiknya seperti mana selalunya dilakukan petarung lain.

Sebaliknya melakukan back kick dalam keadaan berputar. Ianya terkena dengan tepat pada kepal Kasanganay yang terus tersungkur dan KO.

“Keadaan masih terbuka. Saya melihat dia masih memegang kaki saya, saya masih dapat menyeimbangkan diri dengan mendapatkan kaki saya, jadi saya hanya berputar dan menendang,” kata Buckley.

“Saya mensasarkannya dan saya melepaskan serangan dan mendapat hasil yang kami perlukan. Saya tidak tahu sama ada saya akan dapat menewaskan dia dengan KO sehinggalah dia mengunci kaki saya dan saya mengatakan ia sudah berakhir.”

“Sebab saya sudah berlatih keadaan itu sepanjang masa, satu-satunya perkara yang berbeza adalah dia memegang kaki saya, tetapi saya selalu mempraktikkannya.”

Dengan kemenangan itu, Buckley bangkit dari kekalahan TKO kepada Kevin Holland dalam pertarungan sebelumnya, pertarungan yang menandakan debut Octley Buckley.

KO Buckley itu turut dipuji petarung dan legenda UFC yang lain.

Justin Gaethje menyatakan bahawa dunia baru sahaja menyaksikan KO terbaik tahun ini.

Henry Cejudo meminta UFC memberikan bonus USD100k hanya untuk KO epik itu.

Perkembangan berkaitan

UFC hari ini ada dua KO padu. Kemenangan petarung Bantamweight Cory Sandhagen ke atas Marlon Moraes dengan KO cantik turut mewarnai pertarungan UFC Fight Island 5 – selain daripada KO luar biasa Buckley.

UFC mengadakan acara UFC Fight Island 5 yang berlangsung di Fight Island, Yas Marina, Emiriah Arab Bersatu, pada Ahad.

Acara utama antara dua petarung handalan di kelas bantamweight, Marlon Moraes (tempat pertama) dan Cory Sandhagen (tempat ke-4), berakhir dengan panats di pusingan kedua.

Sandhagen berjaya mengalahkan Moraes berkat sepakan berputar dengan tumitnya singgah ke kepala Moraes.

Moraes menundukkan kepalanya untuk mengelakkannya. Tetapi sepakan itu terlalu pantas untuk dia elak dan akhirnya Moraes tersungkur.

Sandhagen tidak mensia-siakan peluang yang dia ada. Dia segera meluru dan melancarkan beberapa pukulan sebelum pengadil menghentikan pertarungan.

Kemenangan ini mengembalikan keyakinan Sandhagen setelah tewas di tangan Aljamain Sterling pada perlawanan sebelumnya di UFC 250.

Sandhagen berhasrat untuk menghadapi salah satu TJ Dillashaw dan Frankie Edgar sebelum melihat pertarungan gelaran dunia.

Jom saksikan KO ini:

Power bukan?