UFC: Video Promo Khabib vs Tony Yang Awesom Dan Buat Korang Goosebump

Kira kira sebulan sahaja lagi, pertarungan di antara Khabib Nurmagomedov vs Tony Ferguson akan berlangsung dalam UFC 249.

Pertarungan ini dianggap pertarungan terbaik tahun ini, kerana ianya menemukan dua petarung dalam prestasi kemuncak untuk merebut bengkung kejuaraan lightweight.

Dan video promosi pertarungan di antara The Eagle menentang El Cucuy sudah pun dikeluarkan. Ianya satu video promosi yang sangat mantap.

Vide promo dimulakan dengan Khabib yang bercakap tentang pencapaian luar biasanya dan lawan lawan yang beliau telah tewaskan termasuk Al Iaquinta dan musuh utamanya, Conor McGregor.

The Eagle kemudian mengklaim bahawa, legasi itu haruslah dilengkapkan dengan syarat mesti menewaskan Tony Ferguson.

Salah satu sebab kenapa Khabib Nurmagomedov menolak tawaran untuk rematch dengan Conor McGregor adalah kerana beliau merasakan pertarungan itu tidak membawa kepentingan kepada legasi.

Sebaliknya hanya lebih kepada motif peribadi dan membuat duit.

Kemudian video tersebut memaparkan beberapa pertarungan penting melibatkan Khabib Nurmagomedov dengan Tony Ferguson.

Para peminat juga sangat teruja melihat video promo tersebut. Di mana mereka sudah membara bara semangat untuk menantikan pertarungan itu, selepas menonton video tersebut.

Video turut memaparkan rekod 28-0-0 yang dimiliki oleh Khabib Nurmagomedov. Serta rentetang 12 kemenangan straight yang sedang dinikmati oleh Tony Ferguson.

Saksikan video promo di sini:

Padu bukan?

Khabib Nurmagomedov vs Tony Ferguson sudah beberapa kali ditangguhkan kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan sebelum ini.

Dan kini, harinya semakin hampir untuk kedua dua petarung cuba memastikan kekalahan pertama kepada lawan mereka.

Kedua dua petarung memiliki kekuatan di ground. Dan Tony Ferguson adalah petarung yang sangat lasak.

Khabib pula petarung yang sangat tangkas dan sangat kuat konsentrasinya di atas octagon.

Pertarungan ini pastinya akan menjadi petarungan UFC yang paling menjadi tumpuan pada tahun ini.

Dana White memberikan bayangan bahawa, pemenang pertarungan ini mungkin akan berhadapan dengan Conor McGregor pada pertarungan seterusnya.

Sebelum ini kedua dua petarung terlibat dalam insiden face of dan sidang media pra pertarungan yang panas.

Pastinya ia akan diterjemahkan di atas ring selepas ni.

Jadi, siapakah petarung pilihan anda untuk UFC 249 di antara Khabib ‘The Eagle’ Nurmagomedov ataupun Tony ‘El Cucuy’ Ferguson.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan