Vissel Kobe turun melayan kunjungan pasukan dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim dalam aksi Liga Juara Juara AFC 2020.
Laporan perlawanan
Kedua dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk perlawanan pertama ini.
LINE-UPS | @visselkobe 🇯🇵 🆚 @OfficialJohor 🇲🇾
📝 Former Barcelona and Spain legend @andresiniesta8 captains Vissel Kobe in their #ACL debut against Malaysian champs JDT.#ACL2020 pic.twitter.com/Mm53tIkZfI
— #ACL2020 (@TheAFCCL) February 12, 2020
Vissel Kobe seperti dijangka menjadi pasukan yang lebih dominan. Mereka bermain dengan sistem back 3 dengan Thomas Vermaelen menjadi ketua di backline.
JDT memulakan perlawanan dengan baik. Mereka mencipta 3 percubaan ke arah gol pada awal 10 minit pertama. Namun percubaan itu gagal diterjemahkan lebih baik.
Vissel Kobe banyak memberikan ancaman di final third terutama sekali menerusi Gotoku Sakai.
JDT hilang fokus pada minit ke-13 dan melepaskan bolos pertama apabila Keijiro Ogawa menerima key pass daripada Andres Iniesta. Hantaran yang cantik dan penyudah yang sangat licik – melemaskan Farizal Marlias.
Vissel Kobe lebih advance ke hadapan. JDT dipaksa menyerap asakan mereka.
Walaubagaimanapun, Corbin Ong pantas melakukan lontaran ke dalam yang mencetuskan ancaman dalam kotak penalti. Diogo menyungkit bola yang terkena tangan Thomas Vermaelen.
Penalti diberikan kepada JDT. Safawi Rasid dengan cemerlang menyempurnakannya menerusi satu rembatan leret.
Malangnya JDT terus bolos sekali lagi. Ianya berpunca daripada ruang yang sangat besar diberikan kepada Vissel Kobe.
Kyogo Furahashi menjadikan kedukaan 2-1 untuk tuan rumah, selepas menewaskan Farizal Marlias dengan rembatan ke tengah, dalam keadaan S. Kunanlan tergelincir.
Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-1.
Separuh masa kedua
Pada separuh masa kedua, Vissel Kobe terus menguatkan cengkaman mereka di dalam perlawanan ini.
Andres Iniesta terus menjadi pembekal banyak hantaran bahaya ke kawasan JDT. Pemain veteran ini ternyata masih dalam kondisi terbaik.
Kyogo kemudiannya berjaya mencipta kedudukan 1 lawan 1 dengan Farizal Marlias namun S. Kunanlan cemerlang memintas bola.
Tidak lama selepas itu Andres Iniesta buatkan gerakan licik di byline. Dan beliau mengumpan kepada rakannya. Gerakan yang ketiga untuk Vissel Kobe menerusi Ogawa. Gol kedua beliau dalam perlawanan.
JDT bocor sekali lagi pada minit ke-68, menerusi Douglas.
Tiga minit selepas itu Keijiro melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-71.
Perlawanan berkahir dengan skor 5-1 memihak tuan rumah.
Team selection
VISSEL KOBE XI:
Hiroki Iikura, Thomas Vermaelen, Andrés Iniesta (C), Kyogo Furuhashi, Keijiro Ogawa, Takuya Yasui, Daigo Nishi, Gotoku Sakai, Leo Osaki, Yuta Goke, Douglas
Substitutes: Daiya Maekawa, Hirofumi Watanabe, Noriaki Fujimoto, Ryuho Kikuchi, Ryo Hatsuse, Junya Tanaka, So Fujitani.
JDT XI:
Farizal Marlias, Afiq Fazail, Aidil Zafuan, Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (C), Nazmi Faiz, La’Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid, Maurício dos Santos Nascimento
Substitutes: Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid, Fadhli Shas, Syafiq Ahmad, Natxo Insa
Ulasan ringkas
Perlawanan ini adalah perlawanan di antara pasukan yang sudah mendapat momentum dengan pasukan yang tak memulakan musim liga lagi.
Musim lalu JDT beraksi berhadapan gergasi Asia dalam saingan ACL, namun aksi mereka sangat baik.
Berbeza dengan hari ini. Pemain ramai yang clueless. Melepaskan gol gol terlalu mudah kepada lawan.
Ruang di bahagian defensve third terlalu besar dan selesa untuk Vissel Kobe.
JDT bertahan tidak agresif secara taktikal. Mereka agresif secara individu. Namun dalam bola sepak, isu taktikal adalah lebih besar.
Mereka lambat untuk reshape dan regroup di pertahanan.
Vissel Kobe melakukan high pressing yang intense pada separuh masa pertama. Membuatkan JDT kerap melakukan kesilapan.
Pada separuh masa kedua mereka kekal dengan high presint. Walaupun tak seintensiti seperti babak pertama namun ia masih kuat.
Rumusan
Maksud terkejut dalam headline aku tu adalah; JDT gagal untuk menampung kuasa yang dijelmakan pasukan lawan pada aksi ini.
Beza intensiti dan kecergasan yang terlalu jauh. Kerana Vissel Kobe sudah bermain aksi kompetitif musim ini dan final Piala Maharaja.
JDT pula masih dalam fasa pra musim. Ternyata ia tak cukup untuk JDT terus masuk ke dalam perlawanan ini.
Agak kecewa, bukan kerana keputusan kalah, tetapi cara JDT kalah hari ini. Musim lepas sangat baik aksi mereka dalam ACL dan memberikan lawan banyak masalah.
So JDT, kena naikkan lagi power training selepas ini.