Ulasan Keane Tentang Gol Dan Keraian Bakal Menantunya Ke Atas Negaranya

Roy Keane bergurau tentang bakal menantunya Taylor Harwood-Bellis, berikutan golnya menentang Ireland pada penampilan sulungnya di England.

Bek tengah Southampton, Harwood Bellis masuk pada separuh masa kedua kemenangan England 5-0 ke atas Ireland pada malam Ahad, dan menikmati penampilan sulung yang akan diingatinya. Dia melengkapkan jaringan dengan tandukan hebat pada minit ke-79 selepas hantaran lintang Jude Bellingham.

Membincangkan tentang gol itu di studio ITV selepas itu, Keane mendedahkan bahawa pemain pertahanan itu telah pun bertunang dengan anak perempuan Roy Keane, Leah, dan Keane dengan cara gurauan kasarnya menyatakan Bellis masih belum diterima sepenuhnya dalam keluarga Keane. Kerana masih bertunang.

Bek tengah permulaan untuk Southampton,  di mana pasukan mereka sedang bergelut dalam Liga Perdana Inggeris.

Walau bagaimanapun, keazaman dan kebolehan  hebat Belliis sangat menonjol dan membuatkan dia mulai diberikan perhatian oleh interim England Lee Carsley, dan mendapat panggilan England pertamanya untuk rehat antarabangsa.

Dia tidak beraksi ketika England menang 3-0 ke atas Greece, pertahanan tengah itu akhirnya diberikan detik Wembley dengan baki setengah jam menentang Ireland, dengan England sudah mendahului 3-0.

Penyerang West Ham Jarrod Bowen menjadikan kedudukan menjadi 4-0 ketika berbaki 15 minit, dan hanya tiga minit kemudian, Harwood-Bellis menjaringkan gol yang mungkin akan menjadi gol paling diingati dalam hidupnya.

Dan Keane tidak melepaskan peluang untuk berseloroh dengan gurauan kasarnya di studio.

Bercakap semasa analisis tandukan Harwood-Bellis, Keane berkata: “Ia (jadi menantu) belum dimeterai dan rasmi lagi! Perkara boleh berubah dengan cepat dalam rumah tangga Keane, biar saya beritahu anda awal awal.”

Bagaimanapun, Keane mengulas gol itu dengan berkata: “Adalah bagus untuk dia membuat penampilan sulung, dan dia melakukan sedikit ancaman gol. Dia seorang anak yang baik dan keluarganya telah melakukan kerja yang hebat mendidiknya.”

Berikutan gol pertamanya di peringkat antarabangsa senior, Harwood-Bellis akan bersemangat apabila kembali ke Southampton ketika The Saints menentang pasukan Liverpool yang dalam prestasi terbaik ketika ini.