Ulasan: Kekalahan Di Tangan Filipina Yang Perit Ditelan

Bagi aku hari ini segalanya serba tak kena untuk pasukan Malaysia.

Pasukan lawan bukanlah pasukan yang bermain dengan baik, tetapi mereka masih lagi pasukan yang lebih berhak menang berbanding dengan pasukan kita.

Segalanya serba longgar pada hari ini. Jika dalam perlawanan pertama hari itu saya menyatakan bahawa satu mata yang bagus dan boleh diterima.

Namun, syarat dalam setiap pertandingan yang menggunakan format kumpulan seperti ini – apabila anda gagal untuk menang pada perlawanan pertama, anda perlu menang perlawanan kedua tu.

Dan itu yang kita gagal buat pada hari ini.

Perlawanan ini sebenarnya kedua dua pasukan bergelut dengan banyak isu. Kreativiti, taktikal dan juga tempo.

Cuma Filipina lebih baik dari segi beberapa aspek dan tidak melakukan kesilapan defensif.

Bak kata orang, jika kamu tak dapat skor, jangan bolos.

Malaysia sebenarnya memberikan gol kemenangan kepada Filipina. Satu GK error dalam keadaan kelam kabut di dalam situasi sepakan penjuru dengan Daniel Amir di hadapan gagal mengeluarkan bola.

Entah apa si Daniel tu buat, mata dia terpejam ke ketika itu? Dia misjudged dan misheader sekali.

Pandangan saya, ia lebih kepada OG dengan kombinasi pemain Malaysia. Tapi diberikan kepada Schrock.

Walaupun mamat Filipina si Aguinaldo ni beriya claim gol tu. Kau tengok betapa semua serba tak kena dalam gol tu.

Masih ada 2 perlawanan lagi. Malaysia kini tidak akan mengawal nasib mereka sendiri selepas ini. Malaysia kena menang dengan margin gol yang tinggi menentang Kemboja dan Timor Leste dan mengharapkan ehsan daripada keputusan lain.

Selepas kena gol pertama tu nampak lebih sedikit urgency. Sebelum tu memang tak ada. Nak penetrate lawan pun muka tak ada perasaan. Banyak neutral pass.

Perkara ini kena kita perbaiki. Percepatkan hantaran ke zon serangan dengan killer pass.

Pemain seperti Akhyar Rashid terlalu lama memegang bola tanpa ada ancaman yang jelas. Seterusnya sokongan di antara pemain amat longgar.

Filipina bertahan ke bawah dengan segera. Apabila ini berlaku, Malaysia pun mula macam tak berminat nak memecahkan low block itu.

Pada babak akhir tu ada juga peluang gol kita. Namun malangnya penyerang kita memilih untuk melakukan kawalan dahulu daripada terus melakukan first time shot. Dalam kotak penalti depan keeper, apa lagi nak dikawal? Memang anda akan expect ada pertahanan yang datang.

Overall ini kekalahan yang sukar ditelan kerana sangat sukar mencari apa yang positif pada hari ini berbanding dengan perlawanan pertama di mana kita memberikan respon lebih baik. Cuma bak kata otai, tiang dan palang sahaja memisahkan kita dengan 3 mata.

Kali ini, team management juga aku kurang berkenan dengan sub player. Dah ketinggalan masih gagal nak switch tactic yang drastik. Dan ada pemain masuk lambat sangat.

Atas semangat ASEAN, tahniah kepada Filipina. Pasukan yang lebih bersemangat, kena suntikan bermain di hadapan penyokong sendiri.

Malaysia masih ada peluang. Dan ini jalan yang kita pilih.

Bangkit pada next game. Harap kita terus kekal bersaing.

Baca yang lain