Perlawanan ini sebenarnya sangat bagus pada awalnya. Namun pada separuh masa kedua, barulah nampak ada sisi boys vs men.
Don’t get me wrong. Chelsea sarat dengan pemain muda berbakat. Lihat sahaja cara mereka memulakan perlawanan ini. Memberikan pening kepada Pep Guardiola.
Tetapi pada akhirnya, pemain-pemain muda ini sukar nak handle pressure dan juga intensiti permainan. Dey, kita sembang pasal lawan Man City sekarang ini.
Maksud aku, daripada pasukan yang dibarisi budak-budak muda yang menunjukkan kematangan, mereka akhirnya menunjukkan satu sisi budak-budak muda itu juga ketika perlawanan besar seperti ini.
Chelsea dinamik awalnya
Chelsea menurunkan pemain muda yang sangat dinamik dan berbakat. Separuh masa pertama mereka memberikan masalah besar kepada Manchester City kerana dinamik dan tenaga yang mereka ada.
Saya pernah kata sebelum ni, lawan City ni kalau kau berjaya jejak defensive third diorang, kau akan memberikan mereka masalah besar. Ini kerana mereka tiada gandingan CB yang kuat ketika ini.
Laporte masih cedera. John Stones baru sahaja fit dan bergandingan dengan CB bidan terjun Fernandinho.
Dalam analisis Vincent Kompany ketika Liverpool vs City sebelum ini, beliau berkata: “Pasukan kami bertahan dengan cara menyerang.”
Ya, mereka mengenakan counter pressing dan mematikan bola di tengah. Sebab tu tak banyak pasukan mampu untuk akses banyak ke defensive area mereka.
Namun Chelsea semalam, pada separuh masa pertama banyak kali. Willian dan Tammy Abraham antara yang mendapat golden chance untuk melakukan gol.
Tetapi Chelsea agak tumpul semalam meskipun dapat 1 gol, dengan mengambil kira peluang gol yang mereka cipta.
Respon Man City
Namun Man City bangkit dengan 2 gol. Cara mereka respon tu sebenarnya sedikit sebanyak mengganggu mentaliti pemain Chelsea.
Mereka terus skor gol penyamaan hanya 8 minit daripada gol Kante.
Seterusnya mereka menjaringkan gol pendahuluan sebelum wisel rehat. Kau taulah feeling dia kalau kau skor gol pendahuluan sebelum wisel rehat. Kalau kau main bola la.
Pada separuh masa kedua, memang kita expect Pep Guardiola akan bagi arahan taktikal yang membuatkan pasukannya berubah seperti biasa.
Pada fasa ini, Chelsea mulai sukar nak akses ke zon serangan. Kekuatan Man City pada De Bruyne. Dan mereka menaikkan impak Sterling yang agak hilang pada separuh masa pertama.
Namun bagi aku perlawanan ini tiada dalam senarai must win dalam buku Lampard. Cuma isu yang jelas adalah. Sisi ‘boy’ itu akan muncul juga apabila berhadapan dengan big six.
Mereka setakat ini sudah tewas kesemua 3 perlawanan liga berhadapan dengan big six termasuk 1 lagi tambahan di perlawanan UEFA Super Cup.
All three of Chelsea's Premier League defeats have come at the hands of the 'Big Six'.
'Frank Lampard is some way off replicating Pep Guardiola'https://t.co/EeK9HmlLsX
— Squawka Football (@Squawka) November 24, 2019
Malah Lampard sendiri menggesa para pemain untuk memperbaiki ketajaman budak muda berhadapan dengan pasukan big six.
Kerana menurut Lampard, para pemainnya kena lebih percaya kepada diri mereka sendiri dalam perlawanan besar ini.
Dalam game vs City semalam, memang Lampard sendiri kagum dengan aksi mereka pada separuh masa pertama. Namun Lampard menggariskan apa yang membezakan mereka adalah, Manchester City memanfaatkan momen di dalam kotak penalti.
“Saya nak datang ke sini dan berani bermain bola, sama ada ketika dengan ada bola ataupun tanpa bola.”
“Separuh masa pertama kamu semua lihat elemen itu namun itu bukan isu yang besar. Tetapi untuk perlawanan besar seperti ini, anda perlu lebih baik di kedua-dua kawasan dan tajam.”
“Tak banyak yang kamu boleh katakan, kerana kedua-dua pasukan sangat kuat. Gol pertama kami dariapda deflection dan gol pertama mereka dalah momen Mahrez menunjukkan kualitinya.”
“Kami memberikan saingan sengit kepada Liverpool di Super Cup. Tapi masalah utama kami adalah detik ketika berada dalam kotak penalti. Ianya bukan sesuatu yang kamu boleh rumuskan dalam keseluruhan permainan.”
“Lagipun Liverpool dan City sudah mendapat keputusan seperti ini dalam perlawanan besar sejak sekian lama.”
Walaubagaimanapun, kekalahan di tangan City ini tidak sama sekali membuatkan pasukan Lampard ini teruk. Kalau dilihat rekod mereka musim ini, aku boleh katakan mereka sangat jauh melepasi jangkaan semua pihak.
Kalah itu sebahagian daripada bola sepak. Namun sebagai sebuah pasukan profesional dan pemain profesional, mereka akan belajar daripadanya.
Kalau kau kalah tapi tak belajar sesuatu daripadanya, tak tau aku nak cakap apa.