Ulasan Ringkas: Kemenangan Sulung Arteta, Aksi Man United ‘Disjointed’

Arsenal melayan kunjungan Manchester United dalam aksi pembukaan tahun baharu 2020.

Akhirnya Arsenal mencipta kemenangan pertama di bawah kendalian Mikel Arteta.

Perlawanan ini diselesaikan Arsenal pada separuh masa pertama. Arsenal beraksi dengan sangat dominan pada separuh masa pertama.

Prestasi Nicolas Pepe

Nicolas Pepe menjadi masalah utama Manchester United pada separuh masa pertama. Beliau melakukan 4 dribbling dan 3 daripadanya berjaya melepasi lawan.

Pepe juga melakukan 25 hantaran pada separuh masa pertama dengan 100% tepat.

4 keypasses pada separuh masa pertama dilakukan Pepe. 1 gol hasil daripada 2 shot.

Sepakan penjuru beliau juga pencetus kepada gol Arsenal yang kedua menerusi Sokratis.

Luke Shaw ada mimpi ngeri pada separuh masa pertama.

Walaubagaimanapun, Pepe keluar awal pada separuh masa kedua selepas kelihatan gagal memberikan impak. Namun sumbangan beliau di atas kemenangan ini memang harus dipuji.

Pemilihan pasukan Solskjaer

Team selection Ole Gunnar Solskjaer bagi aku ok je. Sebab dah itu pemain terbaik beliau ada. Cuma beberapa pemain sangat menghampakan seperti Jesse Lingard, Luke Shaw dan juga Rashford pada separuh masa pertama.

https://twitter.com/utdxtra/status/1212448290618445825

Lingard banyak hilang bola dan gagal mencipta sebarang peluang. Kesemua gelecekan beliau adalah gagal.

Aksi hambar United

Ini mungkin bukan aksi yang mahu dikenang oleh penyokong United. Pasukan mereka tidak ada spark kreativiti.

Pemain gagal bermain secara unit dengan lebih baik. Pada separuh masa kedua, mereka lebih baik daripada separuh masa pertama. Namun ia bukan aksi yang sangat baik.

Daniel James dan Rashford adalah 2 type pemain berbeza peranan di wide area. James gagal mencipta peluang lebih baik.

Rashford dan Martial terputus dalam kebanyakan fasa perlawanan ini. Matic cuba membantu menghubungkan permainan di atas dan mereka mendapat peluang juga pada separuh masa kedua.

Permainan kombinasi

Dari segi combination play, Arsenal lebih banyak melakukannya. Ozil, antara penghubung yang penting dalam pasukan.

Di tengah Arsenal ada Xhaka dan Torreira yang beraksi baik untuk memenangi bola dan mempercepatkan transisi.

Pertahanan kedua dua pasukan

Arsenal lebih baik daripada United. Namun mereka tetap ada isu pertahanan yang perlu diperbaiki.

United sangat tumpul pada hari ini. Mereka terputus teruk di antara pemain serangan dengan unit di belakang.

Arsenal pula pada separuh masa kedua ada simptom keletihan dan tak mampu untuk menghukum pertahanan United yang jelas ada memberikan ruang besar kepada lawan.

David Luiz hari ini beraksi baik, dan semangat dia lain macam sikit.

Rumusan

Sekali lagi saya ulangi, pertarungan ini diselesaikan oleh Arsenal pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Arsenal berjaya bertahan dan mengelak daripada dibolosi.

Kemenangan sulung yang agak besar untuk Arteta pada hari ini. Dan Arsenal lebih berhak menang kerana mereka pasukan lebih baik.

Baca yang lain