Ulasan Ringkas: Terengganu Berikan Selangor ‘Reality Check’

Jika nak bercerita soal taktikal, kedua dua pasukan dilihat terkial kial dengan banyak isu taktikal. Namun Terengganu ada perkara untuk menutup kelemahan itu yang Selangor tak ada iaitu penyudah yang tajam.

Terengganu memulakan perlawanan dengan sebaik mungkin, mereka menjaringkan gol lebih dahulu daripada pasukan Selangor.

Cara Selangor respon kepada gol Terengganu itu memang sakit nak ditengok. Pemain pemain mereka terlalu try hard nak membuktikan diri mereka dan terlupa isu permain berpasukan. Banyak extra touches dan dribbling yang melampau sampai hilang bola.

Seterusnya, hantaran juga, Selangor masih membawa tabiat daripada perlawanan pertama, banyak hantaran di final third yang lemah dan kadangkala terus kepada pemain lawan, lalu mencetuskan serangan balas.

Dari segi kreativiti, Selangor malam ni berdepan dengan pasukan yang lebih baik dari segi pertahanan berbanding Pahang sebelum ini. Mereka exposed dari segi kreativiti di tengah. Selangor terlalu bergantung kepada pemain dari sayap untuk mencipta peluang sedangkan mereka tidak memiliki big target man. Mereka bermain dengan Ifedayo dan Shahrel Fikri yang lebih sukakan permainan kombinasi.

Gol pertama Terengganu memang agak mudah, pemain melakukan free header. Dan sudah pastinya Center back yang akan menjadi sasaran kritikan.  Tidak ada marking!

Gol kedua Terengganu hadir daripada supersub, Rahmat Makasuf. Khairul Azhan ditewaskan di near post ketika tangannya sudah berada pada bola. Satu kelemahan Yan yang saya kerap gariskan, dia kerap struggle nak handling bola rendah. Selain itu sekali lagi pertahanan  Selangor kelam kabut dan tidak terurus.

Pada kedudukan 2-0, Selangor masih terus bergelut dengan kreativiti. Mujur mereka mendapat 1 gol daripada OG pasukan lawan. Itu salah Terengganu yang tiba tiba shut down seketika.

Kredit juga kepada Selangor, itulah permainan kombinasi yang mereka banyak lakukan dalam aksi berdepan Pahang. Kali ini hilang entah ke mana. Lihat permainan mereka di sini, elok je kan.

Pada kedudukan 2-1, pun Terengganu masih shut down. Sehinggalah mereka akhirnya sedar dan kembali fokus. Gol ketiga satu lagi kesilapan individu, Syahmi gagal keluarkan bola, dan Terengganu memang tak bagi peluang malam ni.

Secara taktikal, Terengganu kelihatan kurang menjadi dengan permainan hantaran, namun mereka nampak bagus ketika serangan balas. Nampak sedap je diorang attack.

Selangor pula mencari inspirasi dari tengah yang tak kunjung tiba. Belakang dan hadapan disjointed teruk. Sampaikan Ifedayo turun ke zon yang sangat bawah mengutip sendiri bola.

Rumusan

Terengganu berikan Selangor reality check pada hari ini. Terengganu tau cara nak menang perlawanan seperti ini, bermain dengan pasukan yang lambat pick up dan settle down.

Seterusnya, Terengganu mendapat banyak manfaat daripada sistem serangan dari bawah Selangor menggunakan bek sisi mereka. Setiap kali serangan balas, memang Selangor exposed teruk dari segi numerical disadvantages dan sebagainya.

Kemenangan yang selayaknya untuk pasukan yang lebih tajam dan tahu cara nak menang. Selangor perlu setelkan isu permainan taktikal mereka. Mereka perlu expect perlawanan akan semakin sukar selepas ini, jika mereka serius mahu menjadi pencabar kejuaraan.

Mana hilangnya pressing hari tu? Hmmmm

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan