Ulasan Tugasan Debut Freddie Ljungberg Berhadapan Norwich

Tiada apa yang boleh kita harapkan lebih sangat daripada perlawanan ini. Kerana Ljungberg baru beberapa hari mengendalikan pasukan.

Beliau cuba memasukkan beberapa nama pemain seperti Ozil masuk ke dalam pasukan.

Seterusnya beliau juga cuba menggandingkan Ozil, Aubameyang dan Lacazette di dalam satu pasukan atas padang.

Di tengah beliau cuba memasukkan semula Granit Xhaka ke dalam pasukan. Bagi aku Ljungberg nak test dan naikkan motivasi beberapa pemain senior ini untuk membentuk pasukan.

Dalam temuramah selepas perlawanan beliau menjelaskan tentang pemilihan kesebelasan uta,a Dan Ljungberg berkata, beliau memilih pemain yang beliau percaya.

Ia selepas segelintir penyokong Arsenal mempersoalkan pemain seperti Mustafi dan Xhaka ada di dalam pasukan.

Arsenal bermula baik pada awal perlawanan. Memberikan kebebasan kepada para pemain bergerak dan bertenaga.

Namun Arsenal sukar nak bermain secara kombinasi dan sukar memecahkan blok padat di zon 14.

Arsenal mulai memberikan lawan keyakinan apabila membenarkan Norwich menjaringkan gol pertama.

Tetapi Arsenal cepat memberikan respon dan mendapat penalti. 2 kali penalti diambil kerana ada pemain Norwich yang masuk ke box lebih awal.

Kali kedua, Auba tiada masalah melakukannya.

Norwich di hadapan sekali lagi menerusi Cantwell yang mendapat ruang yang beliau kehendaki. Ini antara masalah Arsenal. Mereka kerap memberikan lawan ruang yang mereka mahukan

Aubameyang sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-56.

Norwich kemudian memiliki beberapa peluang namun digagalkan Leno. Dan akhirnya Norwich gembira untuk mendapat 1 mata. Arsenal pula pasukan yang keciciran 2 mata.

Masalah utama Arsenal sebenarnya adalah bertahan secara unit. Perkara ini yang perlu diperbaiki oleh Ljungberg. Mereka tiada masalah dengan jaringan gol.

Oleh sebab itu, pada jendela perpindahan lalu ramai pemerhati pelik Arsenal lebih beriya mahukan Pepe berbanding dengan seorang world class CB. Akhirnya mereka mendapatkan David Luiz.

Mereka musim ini menjadi pasukan yang amat banyak terkena percubaan gol daripada pihak lawan. Dalam 8 perlawanan yang mereka kemarau kemenangan. Arsenal telah merekodkan:

17 Bolos
128 percubaan dihadapi (shots faced)

Seterusnya para pemain jelas sekali dalam tekanan. Mereka merasakan apa yang mereka buat segalanya serba tak memihak.

Kemarau kemenangan mereka sangat lama. 1 kemenangan sangat diperlukan untuk mereka mengembalikan motivasi itu.

Hari ini mereka hampir tewas. Mujur ada Aubameyang dan Leno yang seringkali menjadi dua pemain yang sentiasa menyelamatkan Arsenal daripada kalah ataupun damage lebih teruk. Rasanya tak terkira 2 pemain ini sudah melakukan perkara ini.

Ljungberg perlu memastikan Arsenal boleh membentu unit pertahanan secara berpasukan. Menggandingkan Auba-Laca-Ozil di atas tiada masalah. Namun beritahu 3 pemain ini untuk lebih rajin untuk track back.

Kalau takat Ozil tak track back, mungkin tak impak sangat namun apabila 3 pemain yang tak intensif untuk track back ia terlalu banyak.

Tetapi biasanya ada seorang penyerang yang tidak akan terlalu terlibat dalam track back. Dalam hal ini Ozil kena track back. Arsenal terlalu crucial di bahagian pertahanan.

Itulah perkara yang aku nak ulas untuk game pertama Ljungberg. Rasanya ia bukanlah keputusan yang teruk sangat. Cuma agak mengecewakan kerana pertahanan Arsenal terus goyah.

Ini bukan perlawanan yang sesuai untuk menilai Ljungberg secara total.

All the best untuk next game legenda Arsenal.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.