Ultra N Project: 3 Nama Dalam Satu Watak Ultraman

Oleh: Mohd Afiq Hafizuddin

Menarik untuk watak Ultraman kali ini kerana Ultraman ini mengalami revolusi sepanjang siri Ditayangkan.

Dalam filem pertama, Ultraman ini digelar manusia sebagai The Next kerana figura ini tiba di bumi selepas Space Beast yang diberi nama The One.

Setelah bersambung dalam siri, Ultraman ini mengalami perubahan baharu dan diberi nama Ultraman Nexus oleh manusia sepanjang tempoh beliau di bumi melindungi manusia dari ancaman Space Beast.

Perubahan terakhir dalam episod pula Ultraman ini kembali ke bentuk terkuatnya yang dinamakan Ultraman Noa iaitu nama asalnya.

Sebenarnya kesemua bentuk ini meliputi satu Ultraman sahaja iaitu Ultraman Noa. Dikhabarkan bahawa kekuatan Ultraman ini tiada tandingan dan setaraf kekuatan Ultraman King.

Beliau menjadi lemah setelah beliau tiba di bumi ketika mengejar Space Beast yang menceroboh planet ini. Untuk menumpaskan Space Beast pertama yang diberi gelaran The One, Noa terpaksa meminjam tubuh manusia yang diberi gelaran sebagai Deunamist. Manusia pertama yang dipinjamkan tubuhnya untuk Noa ialah Shinichi Maki.

Hasilnya, beliau tidak dapat menukar kepada bentuk terkuat tetapi menjadi bentuk perubahan terlemah Noa yang diberi nama The Next oleh manusia. Bersama Maki, Noa berjaya mencapai 2 bentuk asasnya iaitu The Next Anphans form (bentuk pertama) dan The Next Junis form (bentuk kedua yang lebih kuat).

Kelebihan Deunamist ialah mereka tidak lagi seperti manusia normal. Mereka memiliki kuasa ‘Super Human’ dan daya deria mereka jauh lebih tajam berbanding manusia biasa.

Memasuki siri Ultraman Nexus, beberapa lagi deunamist telah meminjamkan tubuh mereka untuk Noa menjelma menentang Space Beast dan musuh-musuh lain. Kali ini beliau mendapat revolusi baharu yang diberi gelaran Ultraman Nexus.

Seramai 4 orang lagi deunamist berbeza telah meminjamkan tubuh mereka dan menghasilkan beberapa perubahan baharu dalam diri Noa. Dengan menggunakan alat pertukaran yang diberi nama Evoltruster serta senjata bernama Blast Shot. Setiap Deunamist terpilih boleh berubah menjadi Ultraman Nexus ketika saat memerlukan.

Perubahan pertama merupakan Nexus Anphans form berwarna perak, perubahan kedua ialah Junis Red yang jauh lebih kuat dari Anphans form. Ketiga ialah Junis Blue yang dapat menguasai sepenuhnya kuasa Anphans dan Junis Red.

Dalam episode akhir, Noa kembali mendapat bentuk fizikal dan kekuatan sebenarnya ketika menentang Dark Zagi. Deunamist terakhir dalam siri Nexus ketika itu bernama Kazuki Komon yang memperoleh kelebihan mengawal semua bentuk Ultraman Noa. Dalam versi ‘alternate universe’ deunamist kali terakhir ditunjukkan ialah Sayuri Tachibana dalam siri Ultraman X.

0

Jadi jelas walaupun diberi banyak nama dan gelaran, asasnya kesemua ini merupakan watak yang sama dan bentuk sebenar kesemua ini ialah Ultraman Noa.

Sekian!

Baca yang lain