Ultraman Taiga, Kenapa Naskah Ini Tak Harus Dilepaskan Oleh Peminat Ultraman

Umum diketahui figura superhero dari Jepun, Ultraman merupakan watak yang sangat terkenal sejak zaman 60an sehingga kini.

Sehinggakan Liverpool mendapatkan Takumi Minamino pun orang ingat Ultraman.

Bermula dengan bentuk gergasi warna merah dan perak bersama mata yang bersinar serta lampu biru bulat terletak di tengah dada menjadikan watak Ultraman sangat ikonik ketika itu.

Perkembangan

Tsuburaya Productions merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan Ultraman sejak siri pertama pada tahun 1966.

Ketika itu genre tokusatsu merupakan genre yang sangat terkenal seperti Super Sentai, Kamen Rider, dan Godzila.

Sejak itu, siri Ultraman mula mendapat tempat dalam kalangan peminat seluruh Jepun dan mula menjadi sebutan di negara-negara lain sehingga negara Amerika Syarikat dan Australia turut bekerjasama dengan syarikat Tsuburaya mengeluarkan siri Ultraman mereka sendiri.

Kini generasi demi generasi berlalu, namun legasi Ultraman tetap diteruskan dan masih gah sehingga kini.

Pelbagai siri Ultraman juga telah dikeluarkan dan terbaru pada tahun ini siri baharu Ultraman iaitu Ultraman Taiga telah bersiaran dan hanya 2 episod sahaja lagi tinggal menuju ke garisan penamat.

Ada apa istimewa dengan Ultraman Taiga ini?

Baik mari penulis jelaskan dengan fakta yang mudah dan sedap dibaca oleh semua. Ok?

Pertama, Ultraman Taiga merupakan siri pertama Ultraman yang disiarkan pada era Reiwa bersama siri Kamen Rider Zero-One.

Kedua, Ultraman Taiga merupakan siri keenam dalam fasa ‘New Generation Heroes’ sejak debut siri Ultraman Ginga sebelum itu.

Ketiga, Ultraman Taiga merupakan siri pertama yang menggabungkan 3 Ultraman dalam satu hos manusia. Siri ini mempunyai vibe seperti siri Kamen Rider Den-O.

Keempat, Ultraman Taiga merupakan anak kepada pahlawan Ultra era 70an, iaitu Ultraman Taro.

Ini menjadikan Taiga juga automatik cucu kepada Ultra Father dan Ultra Mother. Taiga juga merupakan saudara terdekat kepada Ultraman Zero iaitu anak Ultra Seven.

Kelima, 2 lagi Ultraman yang turut berada dalam siri ini berjuang bersama Taiga ialah Ultraman Fuma dan Ultraman Titas. Kedua-dua Ultraman ini bukanlah berada satu planet bersama Taiga.

Keenam, Ultraman Titas merupakan Ultraman yang berasal satu planet bersama Ultraman Joneus. Iaitu beliau bukan pahlawan ultra yang berasal dari planet cahaya, M-78. Ultraman Titas berasal dari Planet U-40.

Ketujuh, Ultraman Fuma pula merupakan Ultraman muda yang berasal dari Planet O-50. Iaitu satu planet bersama Ultraman Orb dan Ultraman R/B.

Kelapan, musuh utama Ultraman Taiga merupakan dark Ultraman bernama Tregear. Dikhabarkan Tregear merupakan sahabat lama kepada Ultraman Taro dan berubah menjadi Ultraman yang diliputi kejahatan.

Ini merupakan dark Ultraman terbaharu yang cuba dipertaruhkan oleh Tsuburaya selepas berjaya kejayaan menghasilkan watak Belial.

Ok dah cukup dengan fakta ringkas mengenai siri ini?

Penyampaian cerita

Apa yang boleh dipuji oleh penulis mengenai siri ini ialah penggunaan CGI yang sangat menyakinkan walaupun sekadar siri.

Selain itu, watak psiko yang dibawa Tregear sangat menjadi. Kekejaman dan kelicikan yang dipamerkan watak ini menjadi rencah utama siri ini sangat menarik dan intensiti yang mendebarkan.

3 watak Ultraman yang diperkenalkan dalam siri ini mempunyai keistimewaan tersendiri dalam pertempuran.

Misalnya Taiga lebih seimbang dalam kekuatan dan kepantasan serta mempunyai lebih gaya pertempuran. Beliau juga dilihat lebih berkaliber sebagai pemimpin.

Titas pula lebih kepada menggunakan kekuatan fizikal dalam pertempuran. Dengan susuk tubuh yang sasa, Titas sangat mengutamakan fizikal dalam pertempuran.

Fuma pula menggunakan taktik ninja dan sangat pantas ketika bertarung. Dengan beberapa skil ninja yang diadaptasi oleh Fuma, beliau berjaya menggunakannya keatas lawan.

Siri ini masih ditayangkan setiap minggu pada hari Sabtu. 2 lagi episod bakal menemui kesudahan cerita ini.

Penulis sangat mengesyorkan siri ini jika anda merupakan peminat setia siri Ultraman.

Ada sisi kelainan yang ditampilkan dalam sirj Ultraman Taiga jika anda perasan termasuk banyak ‘easter egg’ yang dimasukkan dalam siri ini.

Selamat menonton!

Mohd Afiq Hafizuddin

Nota editor: Penulis merupakan ahli Sugarbook yang sedang mencari sugar daddy. Sila ikuti beliau di facebook  – Afiq Sweet

Baca yang lain