Oleh: Mohd Afiq Hafizuddin @ Afiq Rowley
Ultraman Tiga merupakan siri Ultraman pertama yang dicipta pada era Heisei dan mempunyai fungsi menukar kepada 2 form dalam sejarah ultra.
Asal usul beliau juga tidak diketahui dan Tiga bukanlah berasal dari planet M78 seperti kebanyakan pahlawan Ultra yang lain.
Dikatakan Tiga dan 2 lagi rakannya sudah berada di bumi sejak beberapa juta tahun dahulu lagi. Bermula sebagai seorang yang mengetuai kegelapan, Tiga kemudiannya berubah menjadi baik dan memperjuangkan keadilan untuk bumi.
Pada asalnya Tiga merupakan seorang ketua bagi ‘Dark Giants’ yang mempunyai 4 anggota termasuk dirinya yang memporak perandakan dunia waktu silam.
Camearra,Darramb, dan Hudra merupakan rakan Tiga sewaktu bersama-sama menimbulkan kekacauan sewaktu era dahulu sehingga terjadinya perpecahan puak gergasi. Namun, Tiga dikatakan berpaling tadah dari kejahatan dengan menyerahkan diri menjadi pahlawan cahaya. Ini disebabkan rasa cinta Tiga beralih arah kepada manusia bernama Yuzare ketika itu.
Secara tak langsung, Tiga juga telah mengurung 3 lagi ‘dark giants’ di sebuah kepulauan bernama R’Iyeh dan menukarkan mereka menjadi batu.
Sebelum itu, Tiga telah menyerap kuasa dari 3 ‘Dark Giants’ tersebut iaitu Kuasa Multi,power, dan speed untuk mengubah bentuk baharu iaitu Ultraman Tiga yang kita kenali kini.
Tiga telah mengurung dirinya dalam piramid bersama 2 lagi rakan Ultraman. Namun, cahaya mereka bertiga telah meninggalkan bumi dan merubah diri mereka menjadi batu sehingga ada ancaman baharu mengganggu bumi. Untuk itu, mereka akan kembali mempertahankannya melalui manusia masa hadapan yang mempunyai DNA sesuai untuk 3 gergasi cahaya ini kembali menjelma.
Malangnya, di masa depan hanya Ultraman Tiga sahaja terselamat manakala 2 lagi rakannya hancur setelah raksasa Golza dan Melba menghancurkan patung mereka. Tiga bernasib baik kerana reinkarnasi beliau yang sesuai untuk menghidupkan dirinya sempat bergabung bersama iaitu Madoka Daigo.
Maka perjuangan Ultraman Tiga kembali diteruskan dengan legasi baharu yang terpilih iaitu Madoka Daigo. Dengan menggunakan Spark Lense, Daigo dapat menjelmakan dirinya menjadi Ultraman Tiga dan menewaskan ancaman musuh yang menggugat keamanan sambil dibantu pasukan GUTS.
Ultraman Tiga juga mempunyai bentuk perubahan terkuatnya iaitu Glitter Tiga yang merubah Tiga menjadi keseluruhan bercahaya setelah menerima harapan dari seluruh penduduk bumi. Bentuk ini digunakan sebanyak dua kali.
Satu ketika beliau menewaskan Gatanozoa dalam episod akhir Ultraman Tiga. Kali kedua digunakan sewaktu beliau menewaskan Demonzoa dalam filem Ultraman Tiga The Movie: Final Odyssey. Dalam filem ini juga Ultraman Tiga mempunyai 3 lagi bentuk perubahan iaitu Dark Tiga, Blast Form, dan Tornado Form.
Selain Daigo, terdapat lagi 2 host yang menggunakan kuasa cahaya Tiga sebelum itu. Iaitu anak Daigo sendiri Madoka Tsubasa ketika pergi ke zaman silam sebelum kelahiran Daigo. Manakala, seorang lagi anak muda bernama Amui yang menggunakan kuasa Tiga secara optimum kerana menepati DNA yang sesuai setelah gagal digunakan oleh Madoka Tsubasa yang lemah dari segi kehendak cahaya untuk mendapatkan kuasa penuh.
Anda boleh melihat aksi mereka di Filem Ultraman Tiga: Revival Of The Ancient Giant. Latar utama cerita ini berkisarkan anak Daigo yang terperangkap di zaman silam sebelum Jepun menjadi sebuah negara dan perkampungan yang telah lenyap pada masa kini.
Dalam versi filem Ultraman X, seorang anak muda bernama Yuuto juga boleh menggunakan kuasa Tiga tetapi ini sedikit berbeza dari host sebelumnya kerana Yuuto dan Tiga versi ini datang dari universe lain.
Sekian!