Ultras AZ Alkmaar Serang Keluarga Pemain West Ham

Dalam satu insiden yang mengejutkan, ultras AZ Alkmaar telah menyerang keluarga pemain pemain West Ham yang berada di sebuah seksyen penyokong di dalam stadium.

Insiden itu membuatkan pemain pemain West Ham bergegas ke arah keluarga mereka kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Pasukan David Moyes mengesahkan tempat ke final Liga Persidangan Eropah pada awal pagi Jumaat waktu Malaysia, selepas menewaskan lawan dari Belanda dengan agregat 3-1, tetapi insiden mengejutkan pada sepenuh masa ini menjejaskan pertembungan separuh akhir yang sengit.

Seperti yang anda boleh lihat dalam rakaman di bawah, sebilangan penyokong West Ham telah diserang oleh ultras AZ Alkmaar selepas wisel sepenuh masa.

Malah, sekumpulan penyokong AZ yang marah melompat ke atas penghadang dan ke ‘bahagian keluarga’ West Ham, di mana tumbukan dan peluru suar dilemparkan.

Beberapa steward cuba campur tangan tetapi tidak dapat menghalang gelombang peminat AZ yang terlalu ramai.

Beberapa pemain West Ham yang prihatin, termasuk Declan Rice, berlumba-lumba untuk mencuba dan menenangkan keadaan, dengan ramai ahli keluarga mereka terperangkap dalam keadaaan huru-hara itu.

Video dari stadium AFAS menunjukkan Michail Antonio dan Flynn Downes memanjat papan pengiklanan, dan yang lain turut cuba menyelamatkan keluarga mereka.

Wartawan The Guardian, Jacob Steinberg menyiarkan kemas kini tidak lama selepas insiden itu, berkata: “Beberapa penyokong AZ Alkmaar telah memalukan diri mereka sendiri. Ultras menyerang keluarga pemain West Ham selepas wisel penamat. West Ham layak ke final.”

Bercakap kepada BT Sport selepas adegan yang tidak menyenangkan itu, bekas pemain tengah Hammers Joe Cole berkata: “Ia tidak masuk akal. Sekumpulan orang dewasa yang sudah hilang akal, peminat AZ Alkmaar menyerang penyokong di mana keluarga duduk, rakan dan rakan sekerja kami. Pemain cuba meleraikannya.”

“Anda perlu lihat apa yang UEFA dan AZ Alkmaar akan lakukan ke atas perkara seperti itu. Muncul dengan balaclava melempar tumbukan, itu tidak masuk akal. Para pemain sememangnya prihatin, keluarga, kawan, kanak-kanak di sana. Ini mengarut dalam permainan moden, menyedihkan.”

“Orang ramai bercakap tentang hooliganisme di England. Namun kita tidak melihat perkara seperti itu, sudah lama kita tidak melihatnya. Kita mendapat reputasi untuknya. Ia adalah kelab lain di Eropah, ia menyedihkan.”

Cole menambah: “Kita mempunyai kawan yang duduk di sana. Dalam permainan moden, dengan kamera di tempat ini, kenal pasti siapa orang ini dan haramkan mereka seumur hidup. Kita sekarang bercakap tentang mahu membawa anak-anak kita ke final sekarang kamu akan fikir dua kali selepas melihat perkara seperti itu.”