Semalam dilaporkan oleh BILD, Bayern Munich membuat keputusan untuk tidak menandatangani semula Jerome Boateng atas alasan luar biasa. Di mana ianya kerana suara netizen di media sosial.
Pengurusan tertinggi Bayern mendapati rata rata peminat Bayern tidak menerima langkah mendapatkan semula Boateng walaupun mereka ada krisis kecederaan yang teruk di barisan pertahanan.
Thomas Tuchel merupakan pengurus yang benar benar mahukan Boateng. Pemain itu sudah melepasi pemeriksaan kecergasan yang dibuat dan yakin akan menandatangani kontrak dengan Bayern sebagai ejen bebas.
Namun segalanya tidak menjadi nyata. Bayern mengeluarkan kenyataan rasmi memberitahu peminat mereka kelab telah memutuskan untuk tidak menandatangani semula Boateng kerana situasi kecederaan pemain bek tengah mereka semakin baik. Kim Min Jae dan Upamecano dilaporkan boleh kembali beraksi.
Sementara Matthijs De Ligt dijangka akan kembali pulih sepenuhnya. Namun BILD menyatakan bahawa alasan utama Bayern tidak mendapatkan Boateng selepas mereka membaca banyak komen menentang kelab mendapatkan semula Boateng.
Pemain itu sendiri merasa sangat kecewa. Bayern memberikan kebenaran kepada Boateng untuk terus berlatih dan mengekalkan tahap kecergasannya di kelab itu.
Kini, penyokong Werder Bremne mengecam Bayern dan pengarah sukannya, yang pernah cuba menandatangani semula semula Jerome Boateng. Kerana pemain itu pernah disabitkan dengan kesalahan memukul bekas pasangan hidup.
Christoph Freund sebelum ini menyatakan bahawa, memukul perempuan atau keganasan rumah tangga itu masalah peribadi seseorang dan kelab tidak mahu masuk campur.
Freund merupakan pengarah sukan Bayern Munich yang baharu. Minggu lalu dia berkata: “Boateng akan berlatih di Sabener Strasse dalam 2-3 hari ini. Kemudian kita akan mengadakan rundingan dengan dia dan akan membuat keputusan.”
“Ini situasi yang sangat istimewa, kami ada 3 kecederaan melibatkan bek tengah dalam masa seminggu. Kami harus bertahan sehingga rehat musim sejuk. Kami mahu mencari pilihan terbaik untuk Bayern. Alasan kesukanan adalah perkara yang paling penting buat kami. Isu peribadi bukan perkara besar untuk kami. Semua orang ada pandangan mereka sendiri kan.”
Pada 2021, Jerome Boateng didapati bersalah kerana melakukan keganasan rumah tangga membuatkan dia diarahkan membayar sekitar €1.8 juta kepada bekas pasangan hidupnya. Hukuman itu dikeluarkan oleh mahkamah Munich. Pendakwaraya Stefanie Eckert mengesahkan bahawa bekas pasangan Boateng iaitu Sherin Senler mangsa keganasan secara fizikal oleh Boateng.
Dan Boateng juga membuktikan bahawa dia juga mangsa hubungan toksik bertahun tahun. Tetapi mahkamah menolah sebarang bentuk keganasan fizikal. Boateng pada masa itu menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya. Dia menafikan dia memukul Senler yang membuatkan wanita itu cedera pada 2018 ketika bercuti di Turki serta Pulau Caicos.
Boateng tidak dapat mempertahankan dirinya, kerana bukti banyak menunjukkan bahawa dia telah melempang kepala Sneler, menumbuknya serta melemparkannya ke lantai dengan mengamuk mencaci wanita itu. Boateng kemudian menyatakan bahawa wanita itu – ibu kepada 2 anaknya – telah memulakan provokasi ketika mereka bermain kad terup je.
Senler kemudian mendakwa Boateng menumbuknya berkali kali dan mencederakan bibirnya dan membaling objek kepadanya.
Oleh sebab itu Ultras Bremen menghentam Bayern dengan menaikkan banner: “Keganasan ke atas wanita bukan masalah peribadi. Christoph Freund sila tutup mulut kamu.”
Werder Bremen fans' banner today in response to Christoph Freund's statement regarding Boateng
'Violence against women is not a private matter. Christoph Freund, shut up!'
[📸 @Alexoutofhoffe] https://t.co/lzrcXAimD8 pic.twitter.com/2qaXuJqHcI
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) October 7, 2023