Jika sebelum ini ultras Juventus berhimpun di hadapan bangunan J Medical membantah pembelian Lukaku, kali ini ultras Inter Curva Nord mengeluarkan kenyataan kecaman ke atas Lukaku.
Mereka bengang dengan tindakan Lukaku yang dianggap pengkhianat kerana berunding dengan Juventus.
Lukaku dianggap cakap tak serupa bikin dalam hal ini. Kalu dengan kelab lain mungkin mereka akan menerimanya, namun tidak dengan Juventus.
Selepas Lukaku pernah berjanji dia tak akan sesekali menjual cintanya kepada Inter Milan untuk Juventus atau AC Milan. Walaupun ditawarkan gaji lebih besar sekalipun. Dia lebih rela pulang semula ke Anderlecht.
Beberapa tahun lalu, Lukaku menyatakan ada 2 kelab yang dia benci dan tak akan sarung jersinya iaitu AC Milan dan Juventus.
Ini kerana dua kelab itu musuh tradisi Inter.
Lukaku pernah berkata: “Juventus atau AC Milan? Takkan pernah sesekali. Juve pernah cuba beli saya dan saya agak marah dengan ejen saya. Dia tahu saya tak nak bercakap dengan Juve. Bagi saya cuma Inter di hati saya.”
“Walaupun Juve membuat tawaran lebih baik, termasuk di masa hadapan, saya hanya mahu bermain untuk Inter atau kembali semula ke Anderlecht.”
Romelu Lukaku in 2021
“Juventus or AC Milan? Never. Juve tried to buy me, I got a little angry with my agent, he knew I didn’t want to talk to Juve but for me there is only Inter. Even if Juve made a better offer. Also in future, I will play for Inter or go back to Anderlecht.” pic.twitter.com/Pp1aHeDwqt
— António Mango (@AntonioMango4) July 16, 2023
Lukaku menjadi pemain yang cuba ditandatangani Inter secara tetap. Namun kelab itu berdepan masalah kewangan.
Inter menunggu urusan penjualan Onana ke Man United selesai untuk menggunakan wang tersebut pada pembelian Lukaku.
Hal ini selepas Lukaku disenaraikan Chelsea sebagai hanya untuk dijual dan bukan untuk dipinjamkan lagi.
Walaupun prestasi Lukaku tidak menentu musim sebelum ini, Inter tetap berusaha untuk mendapatkan pemain itu secara tetap kerana mengenang jasanya membantu kelab itu menjuarai Serie A sebelum ini.
Lukaku sendiri merengek meminta Inter membelinya kerana sudah tak mahu bermain untuk Chelsea lagi.
Lukaku sudah memberitahu pengurusan tertinggi Chelsea bahawa dia tak mahu terlibat dengan kelab itu lagi dan Chelsea setuju untuk tidak menyertakan namanya dalam aktiviti pra musim.
Ada sesetengah peminat Inter sendiri merasakan kelab itu harus melupakan Lukaku kerana prestasinya tidak seperti dulu.
Namun kelab itu tetap mengutamakan Lukaku sebagai pemain yang mereka mahukan. Sehinggalah mereka mendapat tahu, Lukaku ada berunding di belakang mereka dengan Juventus.
Juventus yang mahu menjual Vlahovic sedia mendapatkan Lukaku sebagai pengganti. Bermakna Lukaku hanya akan ditandatangani jika Vlahovic dijual.
Fabrizio Romano melaporkan rundingan itu sudah berlaku sebelum ini dan membuatkan Inter kecewa apabila mengetahuinya.
Kemudian Gazetta Della Sports melaporkan bahawa rundingan kali pertama Lukaku dengan Juve berlaku sebelum final UCL musim lalu.
Ejen Lukaku baru baru ini mengelak daripada mengangkat panggilan daripada Inter membuatkan kelab itu merasakan ada perkara tak kena.
Dan mereka mengetahui bahawa ejen Lukaku sebenarnya tiba di Itali untuk berunding dengan Juve. Maka Inter menamatkan rundingan dengan Chelsea serta merta.
Ultras Inter: Lukaku kau Pengkhianat
Ultras Inter sangat kecewa dengan cara Lukaku melayan Inter. Di mana Lukaku dituduh menjual dirinya kepada kelab yang sanggup memberikannya gaji lebih besar selepas mencium lencana Inter.
Curva Nord berkata:
“Harap kita tak akan berjumpa antara satu sama lain lagi Lukaku.”
“Orang yang pernah khianati engkau akan melakukanya sekali lagi. Bukan sebab dia suka melakukannya, namun sebab itu sikap semulajadinya.”
Tegas kenyataan itu merujuk kepada Lukaku yang pernah menipu mereka sebelum ini, menyatakan dia mahu terus kekal walaupun Antonio Conte dipecat.
Namun tiba tiba meminta kelab menjualnya ke Chelsea kerana ada urusan yang tak selesai di sana. Ultras Inter memberikan amaran kepada Lukaku bahawa dia harus menunaikan janjinya untuk setia bersama kelab itu pada masa itu.
Namun Lukaku terus dengan keputusannya untuk pergi ke Chelsea. Di mana dia di sana gagal menjadi pemain utama seperti yang dia harapkan.
Lukaku buat hal balik di Chelsea dan menangis meminta Inter membelinya semula. Inter mendapatkannya secara pinjaman kerana harganya terlalu tinggi masa itu.
Kenyataan Ultras Inter diteruskan: “Ya, sebab kau Romelu telah khianati kami semua. Kami yang selalu membela engkau ketika saat saat sulit, Kami pertahankan kau ketika penyokong kelab yang kau mahu sertai tu gelakkan kau, sekarang kau tikam kami dari belakang dengan sedalamnya.”
Ultras Inter sentiasa di belakang Lukaku terutama sekali ketika dia menjadi subjek ejekan ultras Juve dan mangsa serangan perkauman.
Mereka kemudian menganggap Lukaku bukan lelaki sejati.
“Kau cium lencana kelab yang berharga lebih daripada nyawa kami sendiri, dan sekarang kau jual diri kau kepada pembida tertinggi kau dengan cara murahan.”
“Sebelum menjadi seorang juara, kau kena jadi lelaki sejati, dan kau bukan lelaki sejati.”
Kini Ultras Inter benar benar menentang sebarang usaha kelab jika mereka mahu u turn dan memaaftkan Lukaku lalu mendapatkan pemain itu secara tetap.
🚨 Inter Milan ultra group the Curva Nord have released this statement about Romelu Lukaku on Instagram.
😳#CFC pic.twitter.com/Dg0YHYtGjh
— Chelsea Dodgers (@TheBlueDodger) July 18, 2023