Krisis di Juventus semakin meruncing. Keharmornian pasukan kini juga menjadi perkara yang mencabar di Juventus, dengan kenyataan terbaru dari kumpulan ultras menyelar kapten Leonardo Bonucci.
Mereka kini melancarkan penentangan sekali lagi ke atas Bonucci yang diaggap tidak pernah layak menjadi kapten mereka.
Ultras sebelum ini pernah mengecam Bonucci kerana menyertai AC Milan. Kemudian mengecam dia balik ketika dia kembali ke Juventus.
Tetapi keadaan menjadi agak reda selepas Juventus terus dominan di Itali. Kini keadaan berubah, di mana Juventus bergelut dengan prestasi pasukan mereka.
Salah seorang pemain yang menjadi sasaran Ultras ialah Bonucci.
Ultras dalam kenyataan mereka berkata: “Dia tidak pernah menjadi pemimpin dan dia tidak akan menjadi pemimpin.”
Juventus benar benar dalam keadaan tidak menentu ketika ini. Dengan laporan naib presiden Pavel Nedved mahu memecat jurulatih Max Allegri, tetapi cadangan itu tak digemari Presiden Andrea Agnelli.
Peminat Juventus menuduh Agnelli terlalu memikirkan wang menjadi punca dia tak nak memecat Allgeri. Di mana Juve perlu membayar pampasan sekitar EUR25 juta jika mereka memecat Allegri sekarang.
Seorang peminat Juventus menulis: “Kalau Allegri terus menjadi pengurus, maka kita akan terus menyaksikan taktikal zaman dinosournya.”
Selepas kekalahan mengejut di tangan Monza. Ultras menjadikan Bonucci sebagai sasaran utama. Mereka mempersoalkan kepimpinan dan kelayakan Bonucci untuk menjadi ketua. Selepas pemergian Chiellini, Juventus dianggap tidak ada pemimpin.
Ultras berkata: “Kita sekarang ni berdepan dengan adegan yang kami tidak faham dan jika ada apa-apa yang kita rasa menjengkelkan dan meluat, tentang apa yang difikirkan oleh seseorang yang dirinya seorang yang meninggalkan, tetapi bertindak seperti dia mangsa pengorbanan.”
“Bonucci tidak pernah layak menjadi pemimpin dan tidak akan pernah: bukan di Treviso, atau Pisa, atau Bari, atau Milan dan pastinya bukan di Juventus…”
“Dalam masa kekeliruan umum ini, di dalam dan di luar padang, terdapat anarki total dan sesiapa yang merasakan ia mengisytiharkan dirinya sebagai pakar, pemimpin, ketua atau tokoh yang bertanggungjawab tanpa mempunyai karisma atau pengiktirafan orang yang telah di sini selama bertahun-tahun.
“Jika ada hierarki, ada sebab untuk itu. Seorang askar yang baik tidak semestinya menjadi seorang jeneral yang baik.”
Ultras secara terbuka marah dan tak kagum langsung dengan usaha meminta maaf daripada para pemain Juventus di hadapan mereka di tempat duduk Stadium U-Power.
“Apabila pemain profesional mengibaratkan diri mereka seperti domba korban datang merenung Curva sambil menerima cemuhan dan penghinaan, memberikan legitimasi kepada protes hanya sebulan dalam musim ini, ianya adalah tidak masuk akal.”
The Juventus players were booed by the fans at full time. [@edohere__] pic.twitter.com/e3BCYeTnBP
— Italian Football News 🇮🇹 (@footitalia1) September 14, 2022
“Satu-satunya hasil daripada semua ini adalah akan mewujudkan pasukan yang lemah yang dibebani oleh aura negatif dan kompleks kononnya sebagai mangsa.”
“Itu betul-betul bertentangan dengan apa yang diperlukan dalam sukan ini. Anda merosakkan rakan sepasukan dan skuad anda lebih daripada jurulatih atau pengarah yang tidak cekap.”
“Peranan Ultras (yang sebenar) adalah untuk menyokong pasukan selagi boleh berbuat demikian. Mengenai protes dengan alasan, masih ada masa hingga akhir musim atau perlu ada campur tangan dari dalam.”
“Jika anda (pemain tertentu) bertanggungjawab di atas kekacauan ini, anda sepatutnya malu dengan diri sendiri, dan sebaliknya anda cuba menggunakan situasi ini kerana kejahilan atau untuk kepentingan peribadi.”
Ultras juga menyatakan bahawa insiden pemain terpaksa berdepan ultras untuk menerima makian sebagai memalukan.
“Percayalah, jika kami mempunyai sesuatu untuk memberitahu anda, kami akan melakukannya di padang latihan Continassa, dengan memandang mata anda seperti yang kami selalu lakukan, bukannya [seperti hari itu] di atas padang di hadapan lawan, menjadikan kami dan anda kelihatan tidak masuk akal dan lemah.
“Sesiapa sahaja yang menyarung jersi Juventus mesti menundukkan kepala di hadapan orang sendiri dan bukan orang lain, termasuk media.”
Gli ultras della #Juve contro #Bonucci: 'Mai stato un leader, ci rende ridicoli. Presidente e dirigenti incompetenti' https://t.co/YCCeZ553Gl
— calciomercato.com (@cmdotcom) September 20, 2022
“Apa yang diperlukan hanyalah pandangan dari padang ke tempat duduk penonton, memberi tabik hormat dengan mengangkat tangan dan bukannya aksi liar supaya kami tahu anda memohon maaf.”
“Dan akhirnya, pemain tidak wajar bertanggungjawab di atas kesalahan yang sepenuhnya dilakukan oleh pengarah dan Presiden yang tidak cekap, dan yang mereka perlu jawab.”
Pada masa yang sama, terdapat juga protes yang semakin meningkat di media sosial menyatakan bahawa Stadium Allianz Juventus semakin kosong musim ini dan terdapat 9,000 tiket musim yang lebih sedikit dijual berbanding kempen 2021/22.