Ultras Legia Warsaw telah membuat tifo yang menyindir dasar kerajaan Poland ke atas pelarian.
Sebelum ini kerajaan Poland membuka pintu sempadan mereka kepada pelarian Ukraine, yang dianggap memerlukan perlindungan kerana diserang.
Poland menjadi negara kedua paling banyak menerima pelarian Ukraine seramai kira kira 960,000 orang di belakang Jerman dengan 1.2 juta.
Kerajaan menggunakan slogan ‘Refugees Welcome’. Namun rakyat semakin tidak selesa dengan kehadiran ramai imigran ke negara itu.
Ini kerana kedatangan mereka memberikan impak kepada sosial dan ekonomi rakyat. Selain itu kerajaan membelanjakan wang yang sangat besar untuk menampung kos kem pelarian ini yang terlalu ramai ini.
EU sebelum ini sudah meminta kesemua negara di bawah kesatuannya agar menerima pelarian Ukraine yang dianggap ditindas oleh Rusia.
Kemudian, rakyat mereka menganggap kerajaan hipokrit dan pilih kasih. Mereka menutup pintu kepada pelarian dari negara Islam atau Afrika, namun membuka pula pintu sempadan seluas luasnya untuk pelarian Ukraine.
Jadi, jika benar kerajaan dan segelintir rakyat Poland yang benar benar menyokong polisi ini, kenapa mereka tidak memberikan layanan yang sama kepada pelarian lain bukan dari Eropah atau bukan dari kalangan yang berkulit putih?
Oleh sebab itu tifo ini dinaikkan dengan mesej sindiran: “Pelarian dialu alukan [dengan syarat, orang putih, cantik dan kacak, makan babi, dan sanggup bekerja di tapak pembinaan].”
REFUGEES WELCOME
Legia Warszawa
vs
Zagłębie Lubin
🇵🇱 20.07 pic.twitter.com/Nnt67OrmrG— 𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝕐𝕆𝕌ℝ 𝔾ℝ𝕆𝕌ℕ𝔻 👊 (@Ultramaniatics) July 20, 2024