Ultras PSG: “Kami Akan Ejek Messi Ahad Ini Sebab Dia Gaji Besar Tapi Tak Berguna”

Tahun lalu, Lionel Messi diejek oleh ultras PSG setelah kelab itu tersingkir daripada UCL.

Dan kali ini, perkara yang sama akan dilakukan Ultras PSG.

Messi menjadi sasaran ultras PSG kerana pemain itu dikatakan tidak memberikan sumbangan apa apa kepada kelab dalam UCL.

Mereka menganggap Messi sebagai pemain paling tak berguna ketika aksi menentang Bayern Munich baru baru ini.

Gagal memberikan inspirasi kepada pasukannya sebagaimana yang dia lakukan ketika bersama Argentina.

Lionel Messi dibawa masuk untuk membantu kelab itu menjuarai UCL dan bukan sekadar menjadi jaguh kampung, kata kepala Ultras PSG.

Ultras PSG merancang untuk mengejek Messi pada aksi Ahad ini menentang Rennes.

“Kami akan mengejek Messi pada Ahad ini. Dia menerima gaji sangat tinggi, terlalu tinggi berbanding apa yang dia sumbangkan di atas padang,” tambah Ultras PSG lagi.

Ultras PSG sudah sebulat suara menyalahkan Messi sebagai punca utama kelab itu tersingkir di tangan Bayern dalam pusingan 16 akhir UCL.

Di mana pemain itu dituduh ‘hilang’ dalam kedua dua pertemuan.

Protes terhadap Messi ini pastinya akan mengeruhkan lagi hubungan Messi dengan PSG.

Hal ini kerana sebelum ini L’Equipe pernah melaporkan, salah satu sebab dia masih tidak mahu melanjutkan kontrak dengan PSG adalah kerana peristiwa dia diejek oleh ultras PSG pada tahun lalu.

Mereka ketika itu menyalahkan Messi sebagai punca utama kegagalan mereka mara ke suku akhir UCL.

Juara Dunia 2022 itu menunjukkan aksi cemerlang bersama PSG di peringkat domestik. Namun peminat meminta lebih daripada itu.

Laman peminat PSG Report tidak setuju dengan tindakan Ultras yang menjadikan beberapa pemain sebagai sasaran ataupun kambing hitam.

Ianya seharusnya menjadi tanggungjawab pemain secara berpasukan.

Messi masih belum melanjutkan kontrak dengan PSG. Malah ramai percaya Messi tidak akan kekal di PSG setelah kontraknya berakhir pada akhir musim ini.

Barcelona antara pasukan yang dikaitkan semula dengan Messi walaupun kelab itu berdepan masalah kewangan.

Hubungan Messi dan Barcelona dilaporkan sudah jernih semula selepas pertemuan antara ayahnya dan Laporta baru baru ini.

Selain Barca, Messi memiliki opsyen ke Amerika Syarikat. Di mana Inter Miami juga berminat mendapatkan beliau.

Selain itu, kelab Liga Pro Saudi, juga dilaporkan sedia membayar Messi gaji lumayan.