Nicolò Zaniolo telah diserang oleh sekumpulan Ultras Roma yang datang ke perkarangan rumahnya. Membuatkan polis bergegas ke tempat kejadian untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Zaniolo mulai menjadi pemain paling dibenci ultras selepas Jose Mourinho mendedahkan pemain itu tidak mahu melanjutkan kontrak dengan Roma. Dan pada masa yang sama menolak perpindahan ke kelab EPL iaitu Bournemouth.
Bournemouth dilaporkan telah menawarkan harga paling tinggi untuk pemain itu iaitu sekitar £30 juta + £5 juta lagi sebagai bonus.
Malangnya, Zaniolo enggan berpindah ke Bournemouth yang menurutnya cuma kelab kecil dan bertarung dalam penyingkiran.
Dengan jendela perpindahan yang sudah semakin menuju ke penghujungnya, pemain itu telah membuatkan kelab kehilangan tawaran besar itu. Dan nilai pemain itu pastinya akan menjadi lebih rendah ketika memasuki tahun akhir kontraknya musim hadapan.
Kontrak semasa Zaniolo akan berakhir pada musim 2023/2024.
Mourinho meluahkan kekecewaannya ke atas Zaniolo secara terbuka.
Mourinho berkata: “Zaniolo sudah memberitahu saya beberapa bulan lalu lagi dia mahu angkat kaki. Malangnya, perkara itu benar benar berlaku.”
“Saya kata malang sebab pemain sudah menyatakan sejak beberapa bulan lalu lagi dia mahu pergi.”
“Jika pemain berkali kali memberitahu dia mahu angkat kaki dan dah tak mahu menyarung jersi Roma, maka saya anggap itu perkara malang sekali.”
“Apabila pemain memberitahu kamu, kelab dan rakan sepasukannya: ‘Saya dah tak nak sarung jersi Roma, saya tak nak bermain untuk kelab ini lagi, saya tak nak berlatih.’ — itu adalah apa yang saya sebut malang sekali untuk kelab.”
“Perkara paling ideal adalah pemain gembira. Saya menyatakan sebelum ini bahawa saya menjangkakan Zaniolo akan terus kekal. Saya sekarang harus menyelitkan frasa ‘malangnya’ ke dalam ayat itu sekarang.”
Zaniolo telah bermain 128 kali untuk Roma dan sudah bermain untuk Itali 11 kali.
Kini Ultra Roma benar benar tak berpuas hati dengan pemain itu. Selepas mendengar kenyataan Mourinho itu, mereka menyerang ke rumah pemain itu dan menyalahnya Zaniolo punca kenapa mereka kalah kepada Napoli.
A group of Roma ultras gathered in front of Zaniolo's house after their loss to Napoli last night.
Zaniolo was also allegedly chased & called the police, who sent a patrol car to the scene to control the situation. pic.twitter.com/J5zJx58F8t
— Footy Accumulators (@FootyAccums) January 30, 2023
Mereka turut menggantung banner yang mengecam Zaniolo dengan pelbagai kata kata kasar dan kesat.
Antaranya: “Zaniolo adalah pengkhianat, selonggok najis yang tiada maruah.”
Roma Ultras with a banner that says..
"Zaniolo traitor, piece of sh*t without honour." pic.twitter.com/TV8kfbkOjJ
— Footy Accumulators (@FootyAccums) January 29, 2023
Ultras Lazio pula memberikan tabik hormat kepada Zaniolo.
Me sei sempre stato simpatico #Zaniolo.
Firmato Ultras Lazio pic.twitter.com/JQrZDRIzHa— Jonathan (@PiPaH501) January 29, 2023