Ultras Tranung Tolak Perlantikan Pengurus Yang Tidak Arif Pengurusan Bola Sepak

Penyokong garis keras Terengganu FC iaitu Ultras Tranung telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mahu menolak perlantikan pengurus yang tiada merit.

Dan pada masa yang sama Ultras Tranung sudah bosan dengan semangat kronisme dan juga politikal yang dibawa masuk di dalam pengurusan pasukan.

Perkara ini bukanlah isu baharu dalam Terengganu FC dan penyokong sudah muak dengan budaya belum cuba belum tahu, hanya untuk meyakinkan peminat tentang perlantikan individu yang tidak ada pengetahuan dalam bola sepak berada di tampuk pentadbiran.

Dalam kenyataannya Ultras Tranung berkata:

Untuk kestabilan bolasepak Tranung keseluruhannya, kami mendesak agar hanya yang berkelayakan dalam bidang/jawatan masing-masing perlu di timbang tara untuk mengisi sesuatu jawatan dalam skuad utama Terengganu FC.

Jika pemilihan sentiasa berkisar kepada kroni, lantikan politik, lantikan 3 phase cable, sampai bebila pun kita takkan capai kestabilan dalam menguruskan sesuatu.

Kita sedang bertatih ke arah penswastaan, maka perlahan-lahan lah kita kikis pelantikan sebegini cara.

Pelantikan HeadCoach pun kita perlukan A level license, apatah lagi Manager yang memerlukan pengalaman dalam mengenal pasti kehendak, keperluan team.

Sentiasa bersama team setiap perlawanan, membantu melancarkan perjalanan pasukan di home atau away pasukan, menjaga kebajikan pasukan, mengenalpasti selok belok undang2 bolasepak Malaysia yang hanya jika kesilapan kecil dalam mengenalpasti eligibility criteria pun akan menyumbang kearah hukuman mata kepada pasukan.

Kepada Board of Directors especially Presiden Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar & Exco Sukan Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang diberi tanggungjawab memilih, pilih lah dengan Adil dan penuh Amanah. Bukan dengan memilih cara #DokTeraDokTahu ni, Bukan di skuad TFC1

Sama-sama kita bersatu demi sukan rakyat, sukan penyatupaduan, sukan no 1 di Tranung ini.

#Teknokrat
#Adil
#DemiTFC

Sebelum ini CEO KL City, Stanley Bernard juga menyuarakan masalah bola sepak di Malaysia yang kerapkali menjadi tunggangan individu tertentu untuk mencapai kepentingan peribadi.

Stanley berkata: “Bola sepak secara umum di dalam Malaysia, ianya digunakan sebagai kenderaan. Exco exco akan menggunakan jawatan jawatan ini untuk layak ke tempat yang lain.”

“Mereka ni bukan berada di sini untuk berkhidmat untuk kelab. Tetapi mereka di sini untuk berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri.”

“Itulah yang saya hentikan. Apabila saya hentikan mereka ini, maka keluarlah pisau pisau dari kiri kanan depan belakang.”

“Kalau tak menang [juara Piala Malaysia], semalam [selepas tamat final] pun akan keluar pisau. Oleh sebab menang sekarang, jadi apa nak buat.”

“Oh! Stanley sangat bagus. 12 bulan sebelum ni tak pernah datang tanga, apa khabar kamu Stanley?”

“Tapi sekarang, syabas Stanley, kamu CEO terbaik.”

“Coach, kamu coach yang bagus.”

“Time tu dulu, semua orang keluar tikam.”

“Sama juga dengan media. Tak pernah tanya, kenapa saya buat pertukaran.  Eh dia orang bola, mungkin dia ada alasan.”

“Jadi, salah satu masalah terbesar di sini adalah budaya. Dan budaya itu adalah bola sepak digunakan sebagai kenderaan untuk pergi ke tempat lain.”

“Bola sepak tak pernah menjadi perkara paling mustahak. Dan untuk saya, saya datang untuk berkhidmat untuk kelab. Saya boleh angkat kaki esok, tiada masalah.”

“Saya bawa masuk Bojan Hodak. Saya bagi contoh, kamu ingat mereka tak ada bagi masa. Kalau saya dan Bojan gagal, mereka nak kami keluar.”

“Tiada masalah, kalau saya gagal, itu adalah melibatkan KPI. Kamu pergi je la [kalau gagal]. Jangan paksa mereka bertahan di tempat mereka.”

“Kalau kami capai sesuatu, dan orang mahukan kamu kekal, kamu buat. Tapi kalau kamu dah tak nak buat, tak mengapa.”

“Saya tak pernah memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya, kerana dalam bola sepak saya tahu ada ruang dan peranan untuk dimainkan. Saya sudah berada di dalam lingkaran bola di beberapa bidang berbeza dalam bola sepak.”

“Jadi, budaya ini harus diubah terlebih dahulu. Dalam bola sepak, kalau kamu sudah ada kedudukan di dalamnya, sebagai exco ke, sebagai naib presiden ke, sebagai presiden ke, kamu berkhidmat untuk kelab.”

“Jangan gunakan bola sepak sebagai batu loncatan untuk pergi ke tempat lain.”

“Sebab paling penting [kamu berada di sana] adalah untuk membantu meningkatkan bola sepak.”