Dua pemain yang baru ditandatangani Aston Villa secara pinjaman Januari lalu, Marcus Rashford dan Marco Asensio memberikan impak luar biasa ketika mereka menang ke atas Chelsea.
Rashford walaupun tidak menjaringkan gol, dia menjadi arkitek serangan Aston Villa dan melakukan kedua dua assist kepada Marco Asensio.
Gandingan dua pemain itu benar benar menjadi punca kenapa Chelsea kalah dalam perlawanan ini.
Bercakap tentang Rashford, Unai Emery mendedahkan bahawa pemain itu diberikan kebebasan untuk mengekspresikan dirinya dalam taktikal pasukan.
Rashford menggunakan skilnya dalam idea taktikal Unai Emery, menurut pengurus itu. Dari segi taktikal, Unai Emery akui pemain itu telah meningkatkan kualiti permainan mereka menerusi kualiti individunya.
Apa yang Villa perlu lakukan adalah berterusan menyokong Rashford yang sebenarnya masih dalam fasa adaptasi dengan pasukan baharunya.
Unai Emery berikan Rashford kebebasan
Emery berkata: “Kami akan menyokong dia [Marcus Rashford], membantu dia untuk membuatkan dia rasa selesa, dan yakin bermain dengan kami.
“Kami akan cuba memanfaatkan skil yang dia ada dalam idea taktikal kami. Dia adalam proses penyesuaian, dan ssudah tentunya dia bermain 45 minit yang luar biasa.
“Dia sudah pun menjadi pemain sangat penting di sini.”
Marco Asensio tidak boleh mengecualikan nama Rashford ketika diminta memberikan komen tentang 2 gol pertamanya bersama Aston Villa.
Pemain itu berkata: “Kami semua tahu kualiti Marcus Rashford. Dia banyak membantu kami semua. Kami sangat gembira dengannya. Terima kasih juga kepada Marcus Rashford di atas dua assist kamu.”
Kedua dua pemain masing masing menikmati 2 sumbangan gol masing masing yang sudah lama mereka tidak buat.
Marco Asensio scores twice in a league game for the first time since 2021 for Real Madrid. ⚽️⚽️
Marcus Rashford assists twice in a league game for the first time since 2020 for Man Utd. 🅰️🅰️
Villa's new boys combine twice to earn Villa all three points against Chelsea. 🙌 pic.twitter.com/DucbMqIhOY
— Squawka (@Squawka) February 22, 2025
Tielemans: Rashford berikan gaya baharu
Pemain tengah Aston Villa, Youri Tielemans juga menghamburkan pujian kepada Rashford yang menurutnya menjadi nadi penting kejayaan mereka menang ke atas Chelsea.
“Kami semua sangat gembira, terutama sekali dengan cara dia bermain sekarang, serta dua assist sumbangannya hari ini.
“Marcus adalah seorang pemain yang boleh mengancam lawannya dalam situasi 1 lawan 1, bahkan dalam situasi 1 vs 2 pun dia boleh melakukannya.
“Dia sangat penting untuk pasukan kami. Kerana cara dia bermain memberikan kami dimensi berbeza di sebelah kiri,” ulas pemain tengah itu lagi.