Unai Emery Gembira Tewaskan Arsenal, Lebarkan Rekod Tak Masuk Akal: “Saya Tak Akan Rasai Rekod Seperti Ini Lagi”

Pengurus Aston Villa Unai Emery sangat gembira kerana dapat menewaskan Arsenal, yang secara kebetulan merupakan bekas pasukan di bawah bimbingannya satu ketika dahulu.

Aston Villa menang 1-0 ke atas Arsenal yang berpeluang untuk berada di puncak liga memintas Liverpool jika mereka menang. Liverpool memintas Arsenal beberapa jam sebelum itu kerana mereka menang 1-2 di Palace.

Namun Arsenal mempersia siakan peluang itu. Gol tunggal atau gol kemenangan Villa dijaringkan oleh John McGinn pada minit ke-7. Arsenal mempunyai beberapa peluang, tetapi tidak dapat menjaringkan gol kembali.

Keputusan ini memaksa Arsenal jatuh ke tangga kedua dalam kedudukan Liga Perdana dengan kutipan 36 mata. Villa berada di tempat ketiga dengan 35 mata.

Unai Emery berkata: “Gembira, saya sangat gembira. Ia adalah perlawanan yang sukar dan kami keletihan, tetapi kami memulakan permainan dengan baik. Mereka menedesak kami di atas padang, tetapi penjaga gol kami luar biasa,” kata Emery kepada Sky Sports.

“Kami cuba bertahan dan mengekalkan penguasaan bola lebih lama daripada kami. Kami bersaing dan ia adalah tiga mata yang hebat dalam minggu yang sukar. Kami perlu gembira tetapi juga mengekalkan keseimbangan.”

Villa Park kini semakin digeruni oleh lawan Aston Villa. Mereka mampu meraih 15 kemenangan berturut-turut ketika bertanding di stadium ini setakat ini. Ianya pencapaian luar biasa.

Hanya ada 3 pasukan dengan rekod lebih baik iaitu Liverpool dengan 24 perlawanan straight, City dengan 20 perlawanan berturut turut dan sudah tentunya Man United di bawah Era Sir Alex Ferguson dengan 19 kemenangan berturu turut di tempat sendiri dalam aksi EPL.

“Saya tidak pernah mencapai rekod sepeeti ini dan saya tidak akan mencapainya lagi pada masa depan saya sebagai jurulatih,” sambung Emery.

Ianya rekod terbaik kelab itu dalam sejarak 149 tahun sejak kelab itu ditubuhkan. Membuktikan bahawa Unai Emery memang orang yang paling tepat berada di kerusi pengurus kelab itu.

“Tetapi kami perlu cuba memahami bahawa kami bersaing dengan baik dan cabaran seterusnya ialah Sheffield United dan satu lagi perlawanan sukar.

“Ia prestasi cemerlang di Villa Park dengan penyokong kami dan bagaimana mereka menyokong kami.”