Unai Emery dan Lucas Digne menjadi tular, selepas satu video menunjukkan kedua dua mereka dilihat saling bersahutan.
Insiden itu berlaku ketika Aston Villa menang 4-2 ke atas Nottingham Forest.
Ada yang melaporkan bahawa kedua dua mereka bertengkar di tepi padang.
Dengan Unai Emery dilihat meninggikan suaranya di hadapan Digne yang hanya mahukan kepastian.
Lucas getting an earful for crimes he hadn’t committed yet 😂 #UTV #AVFC pic.twitter.com/Ti3sNnwZ2M
— Rach (@eightyfourosaur) February 25, 2024
Unai Emery kemudian menafikan dia dan Digne bertengkar. Sebaliknya mereka hanya membincangkan taktikal. Dalam suasana bingit di dalam stadium memaksa mereka meninggikan suara.
Unai Emery berkata: “Tak ada apa apa. Itu cuma perbincangan biasa saya dengan pemain. Tentang hal berkaitan idea taktikal yang diambil oleh rakan mereka di atas padang, dan cuba menasihati mereka apa yang patut.
Unai menyatakan bahawa dia kagum dengan pemain di atas padang yang sama dengan Digne kerana mengambil inisiatif bijak dari segi taktikal.
Dan dia mahu Digne nanti melakukan idea yang sama.
“Saya cuma cakap: ‘Awak tengok kat dia, nanti bila kau bermain di posisi itu, kamu buat benda tadi’. Itu sahaja,” tegas bekas pengendali PSG dan Arsenal itu.
Unai Emery menegaskan dia sentiasa cuba membentuk mentaliti yang membina dalam skuadnya.
“Kami ada pemain dalam skuad dan kami cuba menyokong mereka, bekerja dengan mereka. Dan menuntut corak permainan yang mereka harus mainkan apabila mereka bersedia kelak.
“Kami ada isu dengan kecederaan, maka pemain yang lain akan mengambil tanggungjawab.
“Jadi kami perlu sentiasa ada persiapan yang bagus. Hari ini dengan [Calum] Chambers dan minggu ini kami bekerja dengan baik walaupun dengan pemain yang cedera.
“Kami sedang cuba untuk bekerja keras dan memahami idea kami dan gaya taktikal kami,” rumus pengurus asal Sepanyol itu.