Unai Emery: Kisah Kejayaan Julang UEL, Tolak Tawaran Newcastle & Singkirkan Bayern Di UCL

Unai Emery terus melakukan kerja ajaibnya di Villarreal. Sebelum membantu kelab mara ke separuh akhir yang hanya buat kali kedua dalam sejarah, pada musim sebelumnya Unai Emery berjaya membimbing Villarreal menjuarai kejuaraan Europa League.

Itu sebenarnya sudah cukup meletakkan Unai Emery sebagai pengurus legenda kelab.

Villarreal merupakan kelab yang sudah wujud sejak 1923 lagi. Namun sejarah panjang kelab mereka agak menarik. Di mana mereka hanya memenangi trofi major pertama mereka pada 2021. Pengurus yang membantu mereka mendapatkan trofi major pertama ialah Unai Emery.

Piala pertama

Hampir 100 tahun daripada penubuhan kelab yang berpangkalan di Sepanyol itu, baru mereka merasai trofi major pertama mereka.

Pada malam final di Gdansk 2021, para penyokong Villarreal dalam keadaan sangat tegang, dengan adreanalin menguasai diri mereka melihat penentuan penalti yang agak panjang.

Kesemua 11 pemain daripada kedua dua pasukan mengambil tugasan tersebut.

Selepas 21 orang pelaksana, kedudukan adalah 11-10, di mana pemain asal Sepanyol, David De Gea harus menjaringkan gol, atau tak Manchester United akan kalah.

De Gea gagal menewaskan Rulli yang akhirnya berjaya menggapai dan menepis bola selepas beberapa kali hujung jarinya berjaya menyentuh bola tetapi gagal menyelamatkannya.

Keadaan di dalam stadium menjadi gegak gempita. The Yellow Submarine akhirnya menjuarai piala major mereka.

Walaupun sebelum ini ramai legenda yang pernah bermain untuk mereka termasuk Riquelme, Diego Forlan dan ramai lagi. Namun tidak seorang yang berjaya memberikan mereka piala utama di Eropah.

Para pemain menitiskan air mata dan berpelukan. Meraikan detik istimewa tersebut.

Unai Emery adalah arkitek penting yang melengkapkan Villarreal sebagai salah sebuah kelab penuh tradisi dan popular di Sepanyol, walaupun tak segah Barcelona, Real Madrid mahupun Valencia.

Villarreal akhirnya berjaya mengisi kabinet piala mereka dengan kejuaraan major atapun kejuaraan utama di Eropah.

Unai Emery sebelum itu sudah memenangi 3 UEL bersama dengan Sevilla. Beliau kemudian tewas dalam satu satunya final UEL yang beliau hampa ketika bersama Arsenal.

Musim 2020/21 bekas pengendali Arsenal itu membuktikan bahawa beliau orang yang tepat untuk Villarreal. Unai Emery membimbing Villarreal sehingga ke final dan berhadapan dengan kelab gergasi Inggeris, Manchester United.

Kejayaan itu membuatkan Unai Emery menjadi pengurus paling berjaya dalam sejarah UEL, mengatas Giovani Trappatoni dengan 3 kejuaran. Sebaliknya Unai Emery ada 4 kejuaraan. Maka tak hairanlah UEL juga disebut peminat sebagai Unai Emery League.

Singkirkan Bayern di suku akhir UCL

Pada musim 2021/22, Villarreal mencipta kejutan terbesar dalam aksi suku akhir UCL musim ini selepas menyingkirkan pasukan pilihan, Bayern Munich.

Gergasi Jerman itu ketinggalan secara agregat 0-1 daripada perlawanan pertama.

Bertempat di Allianz Arena, Bayern mendominasi sebahagian besar perlawanan dengan melakukan 23 percubaan ke arah gol. Malangnya hanya 4 sahaja percubaan on target daripada percubaan sebanyak itu.

Bayern berjaya menyamakan agregat pada minit ke-52 menerusi – siapa lagi kalau bukan – Robert Lewandowski.

Pemain antarabangsa Poland itu mencetak gol ketiganya berdepan dengan lawan dari kelab Sepanyol pada edisi UCL kali ini selepas menjaringkan 2 gol berdepan Barcelona.

Hakikatnya pasukan bimbingan Unai Emery hanya melakukan 4 percubaan sahaja. Dengan 1 percubaan tepat yang terus menjadi gol.

Gol Samuel Chukwueze pada minit akhir perlawanan, pada minit ke-88 telah menyingkirkan juara bertahan Bundesliga itu.

Villarreal mara ke separuh akhir dengan agregat 2-1.

Dalam sejarah Villarreal, mereka hanya pernah mara sebanyak 2 kali sahaja ke peringkat separuh akhir. Kali pertama adalah pada 2005/06. Dan yang kedua adalah yang baru mereka lakukan pada kali ini.

Unai Emery tolak tawaran Newcastle

Agak menarik kerana sebelum ini Unai Emery menolak tawaran daripada Newcastle. Beliau sebelum itu difahamkan sudah mempersetujui kesemua terma dan syarat.

Unai Emery juga dijanjikan dana perpindahan yang besar. Serta gaji yang jauh lebih besar daripada apa yang dia dapat dengan Villarreal.

Namun Unai Emery tiba tiba membuat keputusan untuk kekal dan mahu meneruskan projek yang dipimpinnya di Villarreal.

Telegraph melaporkan bahawa pengerusi Newcastle, Yasir Al Rumayan sendiri yang menemuramah Unai Emery untuk jawatan pengurus di kelab tersebut.

Unai Emery sebelum ini pernah merasai bahang bola sepak Inggeris ketika menguruskan Arsenal. Dan sedia untuk kembali lagi.

Kali ini menyertai projek mega di Newcastle yang baru sahaja mendapat pemilik baharu yang kaya raya.

Dikatakan segala rundingan sudah berjalan lancar. Dan Unai Emery bakal diumumkan sebagai pengurus baharu Newcastle.

Namun berlaku plot twist apabila BBC melaporkan bahawa Unai Emery tiba tiba menolak tawaran tersebut.

Sumber Guillem Balague Hari ini menegaskan bahawa Unai Emery yang sebelum ini sudah sedia mengucapkan selamat tinggal kepada kelabnya Sevilla, hari ini menolak untuk menyertai Newcastle dan mahu kekal di Sepanyol.

Sumber yang sama melaporkan Unai Emery tidak yakin dengan projek di bawah pemilik baharu yang dikatakan tidak ada visi yang jelas. Mereka hanya memfokuskan isu kejayaan dalam padang seperti memenangi piala. Namun aspek lain seperti pembangunan pemain, DNA bola sepak pula tidak dibincangkan.

Balague menyatakan bahawa Unai Emery juga tidak menerima sebarang tawaran rasmi daripada kelab itu. Membuatkan beliau sedia untuk menolak tawaran Newcastle dan kekal di Villarreal.

Unai Emery turut tidak jelas tentang peranannya dalam beberapa perkara termasuk jual beli pemain dan scouting. Unai Emery dikenali dengan dirinya yang memiliki pasukan scouting sendiri walaupun pada masa yang sama tetap bekerjasama dengan scoutingi kelab.

Balague menambah: “Saya tak nampak rundingan ini akan dimeterai musim ini. Sebab Unai Emery tidak jelas dengan struktur dan visi kelab.”

Kini Unai Emery membawa Villarreal ke separuh akhir UCL. Untuk sebuah kelab kecil seperti mereka, ianya pencapaian yang sangat besar.

Unai Emery kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan bahawa dia terus kekal bersama Villarreal.

Unai berkata: “Saya memutuskan untuk terus kekal di sini. Villarreal adalah rumah saya dan 100% percaya kepada projek ini.”

“Saya bangga dengan adanya minat daripada kelab besar, namun saya sangat sangat gembira dengan kelab ini, keluarga Roig, penyokong dan pemain pemain.”

Kebijaksanaan Unai Emery dalam pengurusah rekrut pemain juga harus dipuji. Membuatkan pemain seperti Pau Torres turut membuat keputusan untuk terus kekal.