Unai Emery Mahu Guendouzi, Marseille Minta €50 Juta Je

Unai Emery mahu bergabung semula dengan Matteo Guendouzi, kali ini di Aston Villa.

Kedua dua mereka pernah bekerjasama ketika di Arsenal satu ketika dahulu.

Guendouzi menjadi pemain tengah kebangsaan pasukan Perancis. Dan menjadi tonggak utama Marseille.

Namun kelab itu meminta Villa menyediakan €50 juta untuk pemain tersebut selepas mereka membeli Guendouzi dari Arsenal dengan hanya €11 juta.

Angka itu jauh daripada jangkaan Aston Villa yang menilai pemain tersebut sekitar €25-30 juta ditambah dengan bonus.

Matteo Guendouzi dilaporkan sudah memberikan lampu hijau kepada Unai Emery untuk bergabung semula.

Perkara itu membuatkan bekas pengendali Arsenal itu benar benar berharap perpindahan ini akan dapat dimeterai.

Guendouzi merupakan pemain tengah. Dan dia dianggap pemain yang boleh menstabilkan bahagian tengah Aston Villa.

Aston Villa telah banyak menunjukkan peningkatan di bawah kendalian Unai Emery. Mereka terus mendaki carta liga walaupun baru baru ini dikejutkan oleh pasukan liga bawaha, Stevenage dalam aksi Piala FA.

Menayksikan Aston Villa tersingkir daripada pertandingan tersebut.

Dalam carta Liga, Aston di kedudukan ke-11. Unai Emery mahu terus memperkuatkan pasukannya.

Selepas ini Unai Emery akan menggunakan semula khidmat Emi Martinez yang sudah menamatkan cuti keraian Piala Dunia 2022 beliau.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di