Unai Emery Tak Pernah Janjikan Tielemans Tempat Automatik Dalam ‘First XI’

Youri Tielemans sebelum ini merungut tentang pemilihan pasukan oleh Unai Emery. Di mana pemain itu cuma tampil sekali sebagai pemain kesebelasan utama dalam aksi kelayakan Piala Persidangan Eropah.

Dan kemudian telah muncul 4 kali sebagai pemain gantian musim ini dalam aksi domestik di England.

Tielemans berkata: “Situasi sekarang ni tak begitu enak. Saya beritahu coach Unai Emery sebelum ini bahawa saya datang ke Villa untuk bermain bola sepak,” tegas pemain itu yang memilih Villa berbanding beberapa kelab besar lain.

Ianya kerana pemain itu mahu mendapatkan lebih minit permainan.

“Dia faham dengan apa yang saya mahukan, namun buat masa ini dia terus memainkan 2 pemain tengah yang dia miliki dari musim lalu.”

“Dia memberitahu selepas perlawanan demi perlawanan bahawa saya akan bermain lebih banyak.”

“Saya tahu jawapan ini tidak membawa sebarang makna. Namun apa yang harus saya lakukan? Sebaik saja saya mendapat peluang itu saya mahu memastikan ia milik saya. Setakat ini saya cuma bermula sekali dalam kempen Piala Persidangan.”

Menurut laporan Birmingham Mail, Unai Emery tidak pernah berjanji akan ada tempat automatik untuk Tielemans dalam skuad Aston Villa.

Pengurus itu bagaimanapun yakin Tielemans mempunyai segala yang diperlukan untuk merampas tempat dalam skuad utama.

Unai Emery dianggap membuat keputusan tepat pada masa ini. Mustahil untuk dia menukar set pemain tengahnya yang sedang dalam prestasi yang baik.

Unai Emery mahu Tielemans mencabar tempat kesebelasan utama

Unai Emery memainkan pivot berganda untuk melindungi barisan pertahanannya dan membantu mengekalkan penguasaan di tengah.

Ia juga membolehkan John McGinn untuk naik ke atas dan beroperasi di sepertiga terakhir.

Boubacar Kamara adalah pemain tengah destroyer yang merosakkan serangan lawan, memenangi bola, dan buat masa ini dia kelihatan sangat stabil dalam pasukan serta tidak boleh digantikan dalam XI kerana ciri-ciri itu.

Douglas Luiz telah diundi sebagai pemain terbaik kelab musim lalu, dan telah membentuk gandingan yang kukuh dengan Kamara.

Ia telah membuatkan Tielemans sukar untuk memecahkan duo ini di tengah. Kini Unai Emery dikatakan sedia untuk melatih pemain itu dengan memberikannya peranan lebih tinggi di atas padang iaitu peranan McGinn.

Unai Emery sebenarnya mahu mendapatkan Tielemans kerana dia mahu persaingan yang kompetitif di setiap posisi. Terutama sekali pemain itu tersedia sebagai free agent.

Di bahagian bek sayap, Alex Moreno, Lucas Digne dan Matty Cash kedua-duanya telah membuktikan keupayaan mereka untuk menyumbang dalam serangan.

Terutamanya kini Emery lebih gemar bermain dengan sistem tiga pertahanan. McGinn kini bermain dan mengisis ruang di zon 14 dan memacu bola ke atas dalam proses serangan. Peranan itu musim lalu dilakukan Jacob Ramsey dengan sangat baik juga. Pemain berusia 21 tahun itu telah cedera untuk permulaan kempen, dan dijangka kembali bulan ini.

Tidak dinafikan Tielemans merupakan penandatangangan terbaik dalam skuad Villa pada musim panas, terutamanya dalam perpindahan percuma, tetapi nampaknya hanya kecederaan dan penggantungan yang akan memberikan dia peluang untuk membuktikan kualitinya dalam kesebelasan utama.

Beberapa bulan lalu, Unai Emery berkata: “Saya mahu mencipta struktur yang kukuh dalam skuad dengan kemungkinan untuk menempatkan setiap posisi dengan dua pemain yang kuat.”

“Kita bercakap tentang pembentukan pasukan melibatkan 20 hingga 22 pemain dan penjaga gol untuk menjadi kuat dan kompetitif dalam setiap pertandingan yang akan kami hadapi.”

Baca yang lain