Uncle Kentang Merayu Warga Asing Patuh Penjarakan Sosial Ketika Terima Bantuan

Uncle Kentang ataupun Kuan Chee Heng dikenali dengan sikap pemurahnya dan suka berbuat kebajikan.

Pada musim darurat kesihatan ini beliau tetap berusaha menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan walaupun ketika musim PKP.

Bantuan ini termasuk kepada warga asing yang berada di Malaysia.

Beliau mendengar keluh kesah warga asing yang menyatakan mereka ramai kelaparan dan meminta bantuan.

Semuanya dilakukan atas dasar simpati kemanusiaan tanpa mengira bangsa agama dan kewarganegaraan sekalipun.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3349512188393860&id=100000053340071

Lalu Uncle Kentang pun memberikan bantuan kepada mereka dalam bentuk makanan dan keperluan harian.

Masalahnya sekarang, ramai yang tidak patuh dengan penjarakan sosial. Ramai yang berebut rebut.

Keadaan ini akan menjerumuskan beliau dan NGO lain yang cuba memberikan bantuan ke dalam kesusahan.

Jika keadaan itu berterusan, mereka yang akan dipanggil ke balik polis memberikan keterangan dan silap silap haribulan boleh masuk lokap.

Uncle Kentang menganggap itu tidak adil, masuk lokap hanya kerana nak menolong orang yang kelaparan.

Lalu beliau berkata: “Orang indonesia dan bangladesh. Sila ambil perhatian.”

“Jaga peraturan. Kamu bukan dalam pesta. Bila ada pemberian makanan di kawasan puchong, jangan berebut.”

“Polis akan tangkap saya dan masukkan saya kedalam lokap. Saya tak mau masuk lokap. Kerana kita beri makanan, saya kena masuk lokap tak adil lah.”

“Kamu beratur selang 3 meter. Baru boleh dapat makanan. Tapi kamu degil dan tak mahu ikut peraturan, maka NGO NGO tak boleh beri makanan.”

“Sebab nanti NGO semua masuk lokap. Tolonglah. Kasihanlah kami seperti kami kasihan anda.”

“Kami sayang anda semua. Tapi anda tak sayang kami. Macam mana kami nak hulur bantuan?”

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3349176328427446&id=100000053340071

“Sila baca dan ikut peraturan. Jangan berebut. Sama sama kita hadapi dugaan ini dengan penoh berhemah.”

“Kalau kamu boleh ikut peraturan. Mungkin kita akan kembali. Kita tak mau ada covd di puchong.”

Semoga mesej ini sampai kepada mereka warga asing yang bakal menerima bantuan daripada kumpulan NGO Uncle Kentang.