Undertaker Dedah Siapa Sebenarnya Patut Tamatkan ‘Winning Streak WrestleMania’ Miliknya

Dalam tempoh 23 tahun, The Undertaker telah berjaya memenangi 21 perlawanan di acara WrestleMania secara berturut-turut tanpa sebarang kekalahan.

Beliau telah menewaskan ramai penggusti handalan seperti Ric Flair, Edge, Shawn Michaels, CM Punk dan ramai lagi penggusti lain sepanjang tempoh tersebut.

Beliau memegang rekod tanpa kalah yang sungguh panjang di pentas acara gusti terbesar itu.

Namun, tibanya Brock Lesner pada tahun 2014 yang lalu dan The Beast itu berjaya memecahkan rekod kemenangan bersih Undertaker dan menjadikan rekod the DeadMan Walking itu berubah menjadi 21-1.

Kekalahan Undertaker di tangan Brock Lesner itu menggemparkan dunia gusti professional dan ramai peminat tidak boleh menerima kenyataan bahawa the DeadMan itu telah tewas di acara WrestleMania.

Sehingga ke hari ini, kebanyakkan peminat serta pemerhati gusti percaya bahawa kesudahan perlawanan tersebut berjalan tidak seperti dirancang.

Tidak dinafikan rekod cemerlang The Undertaker di pentas WrestleMania itu bakal dipecahkan juga, namun, adakah Lesner penggusti sebenar yang sepatutnya menewaskan beliau?

Sebenarnya, menewaskan The Undertaker di pentas WrestleMania bertujuan untuk menstabilkan karier seseorang penggusti itu untuk menjadi bintang besar dalam syarikat pada ketika itu.

Seseorang penggusti separuh masa seperti Brock Lesner tidak perlu mendapat kesempatan begitu untuk menaikkan namanya lagi.

Mark Calaway, individu yang membawa watak sebagai The Undertaker dalam WWE, sebelum ini telah membuka mulut tentang kejayaan Lesner mencalarkan rekodnya di pentas WrestleMania dan beliau berasa aman dengan itu.

Menjelang kemunculan semula beliau di acara Survivor Series minggu hadapan, beliau sekali lagi mendedahkan hal yang sama, kali ini bersama Kane.

Menariknya, Kane sendiri beranggapan bahawa kesudahan perlawanan di acara WrestleMania 30 itu sebenarnya telah berlaku kesilapan.

“Reaksi saya, ketika saya menonton perlawanan itu, saya fikir kesudahan perlawanan itu telah tersilap.”

Kane memulakan bicara.

“Saya rasa macam, ‘adakah mereka akan memulakan semula perlawanan ini atau apa? Ini seperti ada sesuatu yang tak kena.’ Tapi mereka tidak. Saya keluar dari bilik. Saya betul-betul marah tentang hal itu.”

“Saya tahu rekod itu bukan sesuatu yang sesiapa saja pernah rancang dan ianya berlaku secara semula jadi, dan ia juga telah menjadi sebahagian dari jalan cerita yang sangat menarik. Sebut saja WretleMania, semua orang teringat tentang rekod itu.”

Ketika perbincangan itu berlangsung, The Undertaker turut mendakwa bahawa beliau sempat berfikir akan ada penggusti lain yang lebih muda bakal menamatkan rekod miliknya itu.

Beliau juga memilih Roman Reigns sebagai penggusti yang ketika itu beliau fikirkan akan menamatkan rekod tanpa kalahnya di pentas WretleMania.

“Saya fikir ianya adalah orang lain, mungkin Roman. Saya fikir kalau Roman ianya pilihan yang bagus.”

Roman Reigns berjaya menewaskan Undertaker di acara WretleMania 33, namun kerana streak tersebut sudah dipecahkan, maka beliau gagal untuk menikmati kemenangan tersebut seperti yang beliau harapkan.

Walau banyak andaian yang dibuat, namun, hanya Undertaker, Brock Lesner, Paul Heyman dan WWE sendiri sahaja yang tahu adakah Lesner sememangnya dirancang untuk menang atau terjadi perkara lain di penghujung perlawanan itu.

Untuk Undertaker sendiri pula, beliau lebih memilih Roman Reigns sebagai penggusti yang berhak untuk menamatkan streak tersebut dan bukanlah Brock Lesner.

Baca yang lain