Selepas 30 tahun menghiburkan para peminat dengan aksi mengagumkan dalam gelanggang, Mark Callaway akhirnya bakal meninggalkan dunia gusti sebagai legenda paling disegani.
Beliau akan meninggalkan gelanggang WWE yang sudah menjadi sebahagian dari kehidupannya pada ulang tahun ke-30 beliau di PPV Survivor Series Isnin nanti.
Namun, ramai peminat yang masih berharap agar dapat melihat beliau sekali lagi bertarung dalam gelanggang pada hari terakhirnya sebagai penggusti itu nanti.
When your life has been pro-wrestling it makes it very hard to walk away…
Critically acclaimed series 'The Last Ride' arrives in full on BT Sport 🙌
A side of the @undertaker you've never seen before 💜
Monday 16th ➡️Friday 20th | BT Sport 2 HD | 8pm#UndertakerWeek pic.twitter.com/VweyC5ilzi
— WWE on BT Sport (@btsportwwe) November 15, 2020
Mungkinkah beliau akan beri kesempatan kepada mana-mana penggusti bertuah untuk bertarung dengannya buat kali terakhir?
Atau mungkin, sekadar kemungkinan sahaja, beliau akan menjadikan penampilan tersebut sebagai permulaan kepada satu lagi perlawanan.
WWE telah bekerja keras dalam mempromosikan tentang acara persaraan The Undertaker di PPV Survivor Series minggu hadapan, namun tuan empunya badan sendiri memberi tanda-tanda dengan meminta para peminat supaya tidak berasa terlalu teruja.
Bercakap kepada ESPN, Calaway telah mendedahkan bahawa beliau telah selesai dengan WWE.
“Dalam kepala saya sekarang, saya sudah 100% selesai.”
“Tetapi saya teringat kata-kata dari seorang lelaki yang tinggal di Stamford, yang hidup dengan prinsip, jangan pernah katakan tidak!.”
Kenyataan dari Mark Callaway itu meninggalkan para peminat kebingungan memikirkan apa yang beliau maksudkan.
The Undertaker calls it quits: 'It's time for me to walk away' https://t.co/4fZIX2nttA
via @ESPN App https://t.co/eVMKdQDsvL#WWE #TheUndertaker— John S Killalea (@4jkilla) November 18, 2020
Seorang lelaki yang tinggal di Stamford itu sudah tentunya Vince McMahon. Jadi sekiranya majikan sudah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya lagi, ada kemungkinan untuk Undertaker membuat kemunculan lagi satu hari nanti.
Tetapi, memikirkan beliau telah menyatakan bahawa dirinya sudah 100% selesai, ianya bermaksud perlu ada sesuatu yang benar-benar menarik untuk membawanya kembali nanti.
The Phenom juga mendedahkan bahawa masa untuknya berehat sudah sampai dan itulah punca utama mengapa beliau memilih untuk bersara sepenuhnya.
“Saya sudah terbiasa dengannya, saya juga berasa aman dengannya.”
Sambung Calaway lagi.
“Saya masih ada hasrat untuk melakukan ini. Saya sangat cintakannya. Tapi, secara fizikalnya, seandainya saya mampu untuk melakukannya untuk selama-lamanya, saya akan buat. Saya cuma terlalu menikmati dunia gusti ini. Tapi kamu tak boleh ubah takdir dan waktu.”
The Undertaker still loves to wrestle, but he explained to Ariel Helwani that he's ready to move on.https://t.co/n4upziRNmF
— One Sports (@OneSportsPHL) November 19, 2020
“Secara fizikalnya, saya tidak lagi berada di mana saya boleh keluar dan menjadi Undertaker lagi. The Undertaker yang orang-orang sanggup bayar untuk melihat saya bergusti. Secara fizikalnya saya sudah tidak mampu.”
“Seandainya saya sepotong sponge, saya sudah kerahkan semua air yang ada ditubuh saya, tidak ada setitis pon air lain yang tersisa, jadi ianya masa terbaik untuk saya pergi.”
The Undertaker Discusses Whether It Will Be Tough To Walk Away From The Wrestling Business After 30 Years https://t.co/VPNVnf6mc8
— 🎅 Wrestling-News.Net 🎄 (@WN_Net) November 19, 2020
Dengan kenyataan terbaru darinya, ianya jelas kemungkinan di acara Survivor Series nanti merupakan kali terakhir kita akan melihat The Undertaker muncul sebagai penggusti.