Undian Piala Asia 2023: Malaysia Sekumpulan Korea, Indonesia Sekumpulan Jepun

Undian Piala Asia 2023 sudah pun berlangsung. Dan menariknya Malaysia diletakkan sekumpulan dengan Korea Selatan.

Ianya adalah cabaran getir buat negara, terutama sekali Kim Pan Gon yang akan cuba melakar kejutan ke atas negaranya sendiri.

Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Januari sehingga Februari tahun depan.

Malaysia berjaya layak secara merit ke Piala Asia kali ini. Dan sedar akan cabaran yang menanti di hadapan mereka.

Qatar selaku tuan rumah diundi sekumpulan dengan China, Tajikistan dan Lebanon.

Qatar sebelum ini melantik Carlos Quieroz sebagai pengurus mereka. Dan salah satu tugasan penting pengurus legenda Portugal itu adalah Piala Asia.

Sementara Australia akan berhadapan dengan Uzbekistan, Syria dan India.

Seterusnya dalam kumpulan C pula, Iran akan berdepan dengan UAE, Hong Kong dan Palestine. Kumpulan ini dianggap agak tricky.

Dalam kumpulan D, gergasi Asia, Jepun akan berhadapan dengan cabaran Indonesia, Iraq dan Vietnam.

Kumpulan E adalah kumpulan yang menempatkan Korea Selatan selaku pasukan pilihan berdepan cabaran, Malaysia, Jordan dan Bahrain.

Sementara Arab Saudi yang cemerlang pada Piala Dunia 2022 lalu akan berdepan cabaran Thailand, Kyrgyz Republik dan Oman.

Berikut rumusan ringkas undian kali ini.

A: Qatar, China, Tajikistan, Lebanon

B: Australia, Uzbekistan, Syria, India

C: Iran, UAE, Hong Kong, Palestine

D: Japan, Indonesia, Iraq, Vietnam

E: South Korea, Malaysia, Jordan, Bahrain

F: Saudi Arabia, Thailand, Kyrgyzstan, Oman

Malaysia pastinya berharap akan dapat memberikan aksi terbaik dalam Piala Asia kali ini.

Pasukan pilihan?

Ada beberapa nama besar mulai dicanang sebagai pasukan pilihan. Ini termasuk, Jepun, Korea Selatan, Iran, Arab Saudi dan tidak lupa Qatar, bukan sahaja negara tuan rumah. Mereka juga juara bertahan Piala Asia.

Jepun merupakan juara Asia paling banyak dengan 4 kali.

Sementara Arab Saudi dan Iran masing masing dengan 3 kejuaraan.

Korea Selatan mahu menamatkan kemarau kejuaraan Asia mereka sejak kali terakhir pada 1960. Mereka dengan dua kejuaraan.

Korea Selatan menjadi negara paling banyak menjadi naib juara iaitu sebanyak 4 kali. Kali terakhir mereka bergelar naib juara adalah pada 2015 ketika kalah di tangan Australia yang menjulang Piala Asia pertama mereka pada masa tu.

Baca yang lain